Friday, November 14, 2014

Kalaulah Dosa Itu Berbau

With the name of Allah the Most Gracious the Most Merciful…
Salam alaik to all readers... 

Memetik kata-kata seorang ulama’, “kalaulah dosa itu berbau, nescaya aku tidak akan keluar rumah kerana takut orang menghidu busuknya dosa-dosa yang aku lakukan.” Kata-kata lain, “kerana Allah S.W.T.  menutup aibku, maka aku kelihatan lebih baik daripada kalian. Jika Allah S.W.T. membuka aibku, mungkin kalian jauh lebih baik daripadaku.” 

Subhanallah… 

Setiap daripada kita tak terlepas daripada melakukan dosa. Mungkin orang tidak melihat dosa kita, tapi Allah S.W.T. Maha Melihat dan Maha Mengetahui.  Kita juga sebenarnya tahu dosa yang kita lakukan. Dan akhirat nanti kita tidak tahu bagaimanakah kesudahan kita. 

Seseorang itu mungkin kelihatan warak melalui cara pemakaiannya. Namun jika tingkah laku tak dijaga, lilitan serban di kepala ataupun tudung labuh yang di peragakan malah menjadi fitnah. Seseorang juga boleh kelihatan warak dengan bahasa dan perkataan-perkataan arab yang digunapakai dalam percakapan. Tak kurang juga masalah yang berlaku di kalangan mereka yang berperwatakan Islamik, sebagai contoh ‘cinta ana enti’. Bahasa percakapan cukup indah dan islamik namun boleh pula berdua-duaan dengan yang bukan muhrim.  Bagaimana pula kita nak menilai orang yang berperwatakan “sempoi” tapi menjaga batas-batas syariat? Saya tak merendahkan mereka yang berpakaian "islamik". Cuma, sebagai insan yang sedang cuba memperbaiki diri dan mengubah cara pemakaian sedikit demi sedikit, takut diri ini menjadi fitnah

Astaghfirullahal’azim.. Jom introspeksi diri..!

“Hati hitam mengenangkan dosa-dosa yang kulakukan..” nyanyian Irsyadee dan hafiz hamidun.  Renung ke dalam diri, bagaimana dengan ibadahku? Di mana taqwa dalam diriku yang membezakan setiap insan di sisi Allah? Orang mungkin mengatakan kita hebat, tapi kita lebih tahu diri sendiri. 

Jauh di hati kecilku, takut menggalas tugas sebagai pekerja Islam. Dek kerana bibir sering menuturkan syariat dalam kehidupan, diri sendiri jadi terbiasa. Muhasabah yang kita sampaikan tidak lagi menyentuh hati sendiri. Na'uzubilla..semoga diri ini terlindung daripada melakukan dosa secara sedar mahupun tidak.. 

#Sedang cuba hidu dosa sendiri