Tuesday, January 28, 2014

Mengurus Iman

With the name of Allah the Most Gracius the Most Merciful..
Salam alaik to all readers…

Iman manusia menaik dan menurun sebab kita bukan malaikat yang tak punyai nafsu. Jadi, kita harus jaga iman dengan baik. Macam mana nak jaga iman kita?? Saya pun tak pandai sangat, sedang berusaha menjaga iman. So, kat sini saya nak share beberapa cara yang kita boleh lakukan untuk jaga iman.

Sentiasa cas iman


Setiap hari kita cas bateri henset kan. Tapi iman kita kalau low selalunya buat kita terleka. Lalu kita lupa mengecasnya. Jadi, sangat penting untuk kita mendapat peringatan sekurang-kurangnya sekali seminggu. Cuba biasakan diri memburu majlis ilmu. Contohnya kalau kat Kedah ni, kuliah Sheikh Zainol Asri kat Ma’ahad Darul Hadis memang sangat famous. Yang bestnya, Sheikh baca dan jelaskan hadis diselang-seli dengan lantunan qasidah oleh pelajar-pelajar di sana. Jadi,, bagi orang yang meminati kuliah Sheikh Zanol Asri, inilah rutin mereka setiap malam Isnin. Kalau di tempat anda takda majlis macam tu, cuba buru sebanyak mungkin majlis ilmu yang ada.




Pantau iman dengan mutaba'ah amal

Sahabat-sahabat pernah dengar tak mutaba'ah amal? Ini adalah salah satu cara kita untuk pantau iman kita setiap hari. Saya share kat sini boring mutaba'ah amal yang saya buat untuk diri sendiri. Semoga bermanfaat untuk kalian..



Jauhi Maksiat

Perkara maksiat adalah perkara dosa. Maksiat ni ada banyak kategori. Jadi, cara nak menjauhi maksiat, kita mestilah pelihara diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh mengarah kepada maksiat seperti, menjaga pakaian, menjaga pergaulan, menjaga mata, lidah, telinga, dan hati. 

Sentiasa Muhasabah Diri

Muhasabah diri ni sekurang-kurangnya setiap malam sebelum tido, ingat balik apa yang kita buat hari ni. Lebih banyak kebaikan ke keburukan? Lebih banyak dosa atau lebih banyak pahala? Tak perlu masa yang panjang, sekejap pun cukup untuk kita lihat kembali persoalan asas kejadian manusia. Dari mana kita datang? Kemana kita akan pergi lepas ni? Selain daripada tu, kita boleh jugak muhasabah diri dengan mentadabbur ayat-ayat al-Quran.


Semoga bermanfaat buat kalian dan sebagai peringatan untuk diri saya sendiri... =)

No comments:

Post a Comment