Friday, November 14, 2014

Kalaulah Dosa Itu Berbau

With the name of Allah the Most Gracious the Most Merciful…
Salam alaik to all readers... 

Memetik kata-kata seorang ulama’, “kalaulah dosa itu berbau, nescaya aku tidak akan keluar rumah kerana takut orang menghidu busuknya dosa-dosa yang aku lakukan.” Kata-kata lain, “kerana Allah S.W.T.  menutup aibku, maka aku kelihatan lebih baik daripada kalian. Jika Allah S.W.T. membuka aibku, mungkin kalian jauh lebih baik daripadaku.” 

Subhanallah… 

Setiap daripada kita tak terlepas daripada melakukan dosa. Mungkin orang tidak melihat dosa kita, tapi Allah S.W.T. Maha Melihat dan Maha Mengetahui.  Kita juga sebenarnya tahu dosa yang kita lakukan. Dan akhirat nanti kita tidak tahu bagaimanakah kesudahan kita. 

Seseorang itu mungkin kelihatan warak melalui cara pemakaiannya. Namun jika tingkah laku tak dijaga, lilitan serban di kepala ataupun tudung labuh yang di peragakan malah menjadi fitnah. Seseorang juga boleh kelihatan warak dengan bahasa dan perkataan-perkataan arab yang digunapakai dalam percakapan. Tak kurang juga masalah yang berlaku di kalangan mereka yang berperwatakan Islamik, sebagai contoh ‘cinta ana enti’. Bahasa percakapan cukup indah dan islamik namun boleh pula berdua-duaan dengan yang bukan muhrim.  Bagaimana pula kita nak menilai orang yang berperwatakan “sempoi” tapi menjaga batas-batas syariat? Saya tak merendahkan mereka yang berpakaian "islamik". Cuma, sebagai insan yang sedang cuba memperbaiki diri dan mengubah cara pemakaian sedikit demi sedikit, takut diri ini menjadi fitnah

Astaghfirullahal’azim.. Jom introspeksi diri..!

“Hati hitam mengenangkan dosa-dosa yang kulakukan..” nyanyian Irsyadee dan hafiz hamidun.  Renung ke dalam diri, bagaimana dengan ibadahku? Di mana taqwa dalam diriku yang membezakan setiap insan di sisi Allah? Orang mungkin mengatakan kita hebat, tapi kita lebih tahu diri sendiri. 

Jauh di hati kecilku, takut menggalas tugas sebagai pekerja Islam. Dek kerana bibir sering menuturkan syariat dalam kehidupan, diri sendiri jadi terbiasa. Muhasabah yang kita sampaikan tidak lagi menyentuh hati sendiri. Na'uzubilla..semoga diri ini terlindung daripada melakukan dosa secara sedar mahupun tidak.. 

#Sedang cuba hidu dosa sendiri 

Tuesday, January 28, 2014

Mengurus Iman

With the name of Allah the Most Gracius the Most Merciful..
Salam alaik to all readers…

Iman manusia menaik dan menurun sebab kita bukan malaikat yang tak punyai nafsu. Jadi, kita harus jaga iman dengan baik. Macam mana nak jaga iman kita?? Saya pun tak pandai sangat, sedang berusaha menjaga iman. So, kat sini saya nak share beberapa cara yang kita boleh lakukan untuk jaga iman.

Sentiasa cas iman


Setiap hari kita cas bateri henset kan. Tapi iman kita kalau low selalunya buat kita terleka. Lalu kita lupa mengecasnya. Jadi, sangat penting untuk kita mendapat peringatan sekurang-kurangnya sekali seminggu. Cuba biasakan diri memburu majlis ilmu. Contohnya kalau kat Kedah ni, kuliah Sheikh Zainol Asri kat Ma’ahad Darul Hadis memang sangat famous. Yang bestnya, Sheikh baca dan jelaskan hadis diselang-seli dengan lantunan qasidah oleh pelajar-pelajar di sana. Jadi,, bagi orang yang meminati kuliah Sheikh Zanol Asri, inilah rutin mereka setiap malam Isnin. Kalau di tempat anda takda majlis macam tu, cuba buru sebanyak mungkin majlis ilmu yang ada.




Pantau iman dengan mutaba'ah amal

Sahabat-sahabat pernah dengar tak mutaba'ah amal? Ini adalah salah satu cara kita untuk pantau iman kita setiap hari. Saya share kat sini boring mutaba'ah amal yang saya buat untuk diri sendiri. Semoga bermanfaat untuk kalian..



Jauhi Maksiat

Perkara maksiat adalah perkara dosa. Maksiat ni ada banyak kategori. Jadi, cara nak menjauhi maksiat, kita mestilah pelihara diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh mengarah kepada maksiat seperti, menjaga pakaian, menjaga pergaulan, menjaga mata, lidah, telinga, dan hati. 

Sentiasa Muhasabah Diri

Muhasabah diri ni sekurang-kurangnya setiap malam sebelum tido, ingat balik apa yang kita buat hari ni. Lebih banyak kebaikan ke keburukan? Lebih banyak dosa atau lebih banyak pahala? Tak perlu masa yang panjang, sekejap pun cukup untuk kita lihat kembali persoalan asas kejadian manusia. Dari mana kita datang? Kemana kita akan pergi lepas ni? Selain daripada tu, kita boleh jugak muhasabah diri dengan mentadabbur ayat-ayat al-Quran.


Semoga bermanfaat buat kalian dan sebagai peringatan untuk diri saya sendiri... =)

Alhamdulillah...dah dapat kerja

With the name of Allah, the Most Gracious the Most Merciful..
Salam alaik to all readers..

Sebelum ni saya share pengalaman kerja sebagai management trainee sebaik saja lepas grad. Almaklum-lah masa tu excited nak cari kerja. Pernah jugak kerja kedai dobi, tapi saya tak pernah cerita kat sini. Dua kisah pengalaman saya interview tapi tak sesuai dengan saya. Dan...alhamdulillah, interview ketiga, rasanya takda masalah dengan kerja atau tempat kerja ni. Interview pun berjaya, alhamdulillah...

InsyaAllah, 5 february adalah tarikh saya lapor diri kat bp Healthcare, Glenmarie, Shah Alam. It is on my birthday...! Hopefully, sume ok kat sana nanti. Nasib baik, saya rasa mudah je semuanya...dengan pertolongan Allah. Kat sana pun ada kawan, kakak usrah, sepupu pun dekat jugak. So,, pape nanti ada la tempat bergantung jugak (selain Allah, pergantungan yang tertinggi).

Sayang rasanya nak tinggal kedah... huhu... Saya baru jatuh cinta dengan kuliah hadis dan qasidah Sheikh Zainol Asri, ada sahabat-sahabat yang baik dan sama-sama mahu berusrah, dan lagi satu kelas tajwid kat kampung saya baru je 3 minggu. Aduhhhh...sayangnya nak tinggal... Kat shah alam nanti macam mana.. dengar kata, banyak majlis ilmu,, tapi kena rajin mencari. Lagi satu harapan, semoga kat sana ada sahabat yang mahu menemani mencari ilmu. Kalo sorang-sorang susah jugak la nak cari...

Okay...kerja dah dapat,, so....next??? should I think about marriage?? Hurmm...umo dah 24, pada saya dah terlalu tua dah.. InsyaAllah, semoga bertemu jodoh yang soleh... Ameen ya Robb...