Thursday, December 12, 2013

Wahai Dai'e, Bersabarlah!

Salam alaik to all readers...peace be upon you...


Nasihat ni saya tujukan buat diri sendiri yang tercinta... Semoga kesabaran singgah di hati ini sementara menunggu badai berlalu. "Sharing is caring". I really care about you all, sayang kerana Allah. Jadi, jom share apa yang patut. =)

Kepada semua amilin yang sedang berusaha menjadi Dai'e yang tetap istiqamah di jalan dakwah, ingatlah kalam Allah dalam surah At-Taubah, ayat 42. Firman Allah, maksudnya : "Kalaulah ia (perjuangan Islam) merupakan habuan dunia yang dekat dan perjalanan yang senang (ditujui) dan pendek nescaya mereka akan mengikut engkau TETAPI perjalanan itu jauh dan penuh kesusahan." Allah dah pesan dalam surat cintaNya sebagai tanda kasih kepada semua pejuang Islam, perjuangan itu sifatnya sukar dan perjalanannya panjang. 

Jadi, saudara yang dikasihi, seorang dai'e memerlukan kesabaran yang ekstra kuat untuk terus istiqamah dalam perjuangan. Ada waktunya, kita diuji berdepan dengan musuh. Di masa lain, Allah uji ukhuwah dan kesatuan sesama amilin atau dai'e. Kadangkala, mad'u melemahkan semangat. Saat diri diuji, kita mengadu kepada Allah. Malahan, ada kala terfikir untuk hentikan saja usaha yang seolah-olah tidak dihargai ini. Tapi, saya bertanya kepada diri :
  • Besar mana sangat usaha aku???
  • Adakah penghargaan dan pujian manusia yang aku harapkan??

Astaghfirullahal'azim...sedangkan nabi Allah diuji dengan pendustaan dan penganiayaan. Jiwa ini bergetar ketika membaca kata-kata Imam Ibn Qayyim :
Wahai mereka yang pondan keazamannya, jalan dakwah ini ialah jalan yang mana Nabi Adam telah penat, Nabi Nuh telah mengeluh (mengadu), Nabi Ibrahim dicampak ke dalam api, Nabi Ismail disembelih, Nabi Zakariyya digergaji dan Nabi Yahya disembelih".

Apabila kita berada di jalan Allah, berikrar memperjuangkan panji Islam, ujian Allah pasti menanti di sepanjang perjalanan. Nabi S.A.W. ada memberitahu bahawa semakin tinggi tingkat keimanan seseorang, maka semakin berat ujian yang dihadapi. Sabda Baginda S.A.W.:
"Orang yang paling berat ujiannya adalah para nabi, kemudian yang semisal mereka, lalu yang semisal mereka. Seseorang diberi ujian berdasarkan tingkatnya dalam beragama." - HR At-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ahmad dan al-Hakim. Dihasankan oleh al-Albani.


No comments:

Post a Comment