Saturday, November 23, 2013

Taubat kapel

Salam alaik to all readers...peace be upon you..
Saya jumpa satu cerita menarik kat fb..jom layan..!

(copy & pasta) 


Suatu hari, sepasang kekasih sedang bergayut di telefon. Mereka bergayut macam biasa. Malam hari tatkala bulan pun tengah tidur. Tetapi kali ini, si teman wanita agak dingin sikit. Maka, resahlah si teman lelakinya. Ikuti dialog mereka untuk membongkar rahsia di sebalik kedinginan itteww..

Boipreng: 'Syahdu malam berlagu sepi, mengiring rawan dalam taman hati.' Kenapa ni, awak? Dari pukul 3 petang tadi lepas awak goreng telur mata kerbau, awak diam je. Saya mesej pun tak balas.

Gelpreng: Emmm...tak ada apa-apalah awak..cuma..

Boipreng: Cuma apa? Awak, awak ada orang lain eh? Awak, jangan awak. Ni dengar saya nyanyi ni. 'Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti wooo..'

Gelpreng: Haish..!

Boipreng: Dah tu kenapa ni. Awak tak suka ya saya pakai seluar ketat masa keluar dengan awak? Awak, trendy tu. Kenapa ni awak. Bagitaulah. Saya sentiasa menanti awak. 'Aku di sini kan selalu menunggu. Yang selalu ada di setiap waktumu. Selalu menanti jawapanmu..'

Gelpreng: Rimaslah. Lempang, nak?

Boipreng: Awak, awak tak pernah macam ni sebelum ni. Awak cakap elok-elok je. Awak dah berubah. Awak lembut-lembut je masa kita berpegangan tangan beli aiskrim dekat mall dengan harga RM2 satu.

Gelpreng: Emm..saya nak berterus terang..

Boipreng dah bergenang air mata. Sebak jiwang. Pui.

Boipreng: 'Jujurlah sayang..aku tak mengapa~~~Biar semua jelas tak berbeda..Jika nanti aku yang harus pergi. Ku terima walau sakit hati.. '

Gelpreng: Saya nak kita stop couple. Saya nak bertaubat. Lagipun kita baru masuk U. Awak pun tak ada kerja lagi. Lambat lagi nak ada duit nak masuk minang. So, better kita stop. Lagipun, tiap kali kita keluar dating, mana ada awak berhenti solat kat mana-mana? Tak ada. Awak tak tegur pun saya pakai baju ketat. Nasib baik ada ustazah tolong tegur. Please. Saya taknak buat dosa lagi. Kalau ada jodoh, adalah. Kalau tak ada jodoh, tak payah ngada2lah.

Boipreng: Tanak!! Tanak putus! Tanak! 'Aku tahu semua ini tak adil!' 

Gelpreng: Jom bertaubat.

Boipreng: Boleh, tapi tak nak putus. Sayang gila dekat awak.

Gelpreng: No! Kalau sayang, bawalah saya sayang kepada Tuhan!

Boipreng: Aduh! Lepas ni, kalau saya rindu awak macam mana?! 'Ke mana arah hendak ku tuju~ Bila hati ku rindu padamu~'

Gelpreng: Abg Rusydee Artz (search fb sendiri lah) kata, 

"Bila rindu, tadah tangan ke qalbu, mohon Dia jaga dia selalu. 
Solat sunat dua rakaat, mohon hajat pada Dia lagi. Lindungi dia bertubi-tubi."

Boipreng: Ah, skandal ah tu dengan si rusydee tu! Saya nak pergi terajang dia lepas ni! Lahanat betul ajar benda2 gini dekat orang yang saya sayang!

Gelpreng: Awak ni kan...

Boipreng: Apa?!

Gelpreng: Dahlah taknak ikut cadangan saya, keras kepala pula. Ajak bertaubat pun, tanak. Ish, menyesal saya kenal awak. Nasib baik tak buat suami. Kalau buat suami, camana nak bimbing saya?

Boipreng: SO?!!

Gelpreng: SO, awak fahamkan lirik ni, "DULU RINDU SERINDU-RINDUNYA, KINI BENCI SEBENCINYA!!!"

Si 'bekas' teman wanita terus meletakkan tepon. Si boipreng ternganga sendirian. Air mata mengalir. Layan perasaan sendiri sambil bukak lagu,

"Sendiri...sendiri ku diam..Diam dan merenung..merenungkan jalan yang kan membawa ku pergi..Pergi tuk menjauh..menjauh darimu..darimu yang mulai berhenti mencoba..mencoba bertahan utk terus bersamaku.."

Datang si abahnya. Menutup lagu anaknya. Cucuk usb mp3 dia sendiri.

Abah: "Dengarlah al-Quran kalau nak hati tenang, bodo."

cerita : muhammad rusydee