Saturday, June 22, 2013

Berhadapan dengan Personaliti dan Sikap Manusia

 Personaliti

Setiap orang mempunyai personaliti yang berbeza. Personaliti merujuk kepada sifat-sifat yang ada dalam diri seseorang itu seperti cara dia berfikir, beraksi, beremosi, dan seumpamanya. Ada yang suka berkawan, ramah mesra dan meluangkan masa dengan kawan-kawan. Ada yang suka bersendirian atau berada dalam suasana yang sunyi. Ada yang suka berlagak manja, membelai-belai... Ada jugak yang berlagak seperti tiada perasaan dan sukar meluahkan apa yang dirasai bila berdepan.

Sikap

Sikap ataupun attitude adalah suatu bentuk daripada perasaan iaitu sama ada menyokong ataupun tidak menyokong sesuatu perkara. Contohnya, mungkin kita biasanya ramah tetapi bila hati diuji kita lebih suka menyendiri. Mungkin kita suka bergurau senda tapi ada masa hati halus dan mudah terluka. Ini merupakan sikap individu tersebut ketika menghadapi masalah.



Ada kalanya kita tidak puas hati dengan sikap seseorang.
"Kalau saya jalan dengan dia, bila jumpa kawan dia selalu ja dia tak pedulikan saya..!"
"A tu banyak sangat cakap, tak pernah nak mendengar orang cakap."
"B selalu berubah fikiran, suka cancel plan."

Kedua-dua personaliti dan sikap ini memainkan peranan yang sangat penting di dalam pembentukan jiwa seorang individu. Jadi, adalah penting untuk kita memahami personaliti dan sikap seseorang terutamanya yang rapat dengan kita. Ingatlah, manusia tak sempurna...kita yang harus menyesuaikan diri. Ambil yang positif, tinggalkan yang negatif. Jangan sampai mood anda terganggu sehingga kerja anda yang tidak selesai.


No comments:

Post a Comment