Saturday, June 22, 2013

Berubahkah Aku?

"Kenapa awak tak nak kawan dengan saya? Puas saya fikir apa salah saya, tiba-tiba saja awak mengelak daripada saya"

"Saya bukan taknak kawan dengan awak... Saya mintak maaf, awak tak salah. Pada saya,, awak masih kawan saya. Cumanya saya nak lebih menjaga diri..menjaga hati. Iman kita menaik dan menurun, susah nak maintain. Sebab tu, perlu menjaga jarak, menjaga pergaulan."

BERUBAHKAH AKU???

Aku hanya ingin jadi lebih baik daripada sebelumnya. Tak kisahlah apa orang kata. Ya...aku tak sebaik mereka.. Teringat aku kata-kata seseorang, "Tak ada hubungan antara lelaki dan perempuan bukan ajnabi melainkan kahwin". Aku bukan syadid sangat seperti orang yang mengharamkan terus untuk berkawan dengan lelaki. Tapi,, aku mahu menjaga hati.. Selagi hatiku tidak terbuai, aku suka berkawan. Tapi andai ada yang cuba bermain dengan hati..dengan ayat-ayat jiwang atau bagi aku hadiah, aku terpaksa menjaga jarak untuk aku terus menjaga hati..

Jom layan lagu ni...edcoustic, Berubah...

Berubahkah aku hanya bila ada sesuatu
Terus aku pulang pada sikap sebelum kuberubah
Hanya sekedar sesuatu tak berapa lamapun itu
Jarang kuterendap dalam sikap dimana kuberubah
Tuhan aku hanya manusia
Mudah berubah lagi dalam sekejap
Tuhan aku ingin berubah
Dan kubertahan dalam perubahanku

No comments:

Post a Comment