Saturday, June 22, 2013

Belajar Buat Keputusan

Salam alaik to all readers...peace be upon you..

Pernahkah anda rasa susahnya nak buat keputusan? Hati ada pada pilihan pertama tapi fikiran anda tahu pilihan kedua adalah yang terbaik. Konflik antara hati dan fikiran takkan berakhir jika kita tak bertegas membuat keputusan.

Kadang-kadang kita cuba memberi alasan, aulawiyat (keutamaan) seseorang berbeza. Hati cuba menafikan logik akal. Hati pasti menang sebab dilah raja dalam kerajaan diri manusia. Sebab tu, kita harus buat satu keputusan dengan fikiran yang logik. Pertimbangkan setiap satu baik buruknya, dan terus putuskan pilihan anda.

Okey, saya bagi contoh,

Pernah tak anda terifkir nak buat sesuatu yang baik? contohnya, hurmm... nak bagi contoh apa ye... Emmm..contoh nak solat di awal waktu.. Anda dah berniat nak solat di awal waktu. Suatu hari anda sedang study... Tiba-tiba azan zuhur berkumandang... Nak solat dulu ke..nak habiskan study dulu ye???

Putuskan saja... Jika difikir-fikir lagi, akhirnya kita cuba mencari alasan untuk tak melakukan kebaikan tu.. Mungkin kita akan fikir, mood tengah baik nak study ni, satu nota ja lagi nak habis. Study pun perkara baik dan berfaedah.., waktu zuhur pun panjang lagi... Takpe je habiskan study dulu.. Sedangkan secara rasionalnya,, nak solat tu sekejap saja. Lepas tu boleh study dengan tenang, lebih fokus dan lebih lama. Kan?

Lainlah kalau kita memang ada alasan yang tak boleh dielakkan, masa tu memang betul-betul tak boleh nak elak. Jadi,, kita tak akan fikir sebab memang dah tak boleh..contohnya,, waktu tu kita ada dalam kelas ataupun doktor yang sedang melakukan pembedahan..

So,, kalau terfikir nak buat sesuatu yang baik dan takde apa-apa sebab yang betul-betul menghalang.., just do it.. =)




No comments:

Post a Comment