Saturday, June 22, 2013

Berhadapan dengan Personaliti dan Sikap Manusia

 Personaliti

Setiap orang mempunyai personaliti yang berbeza. Personaliti merujuk kepada sifat-sifat yang ada dalam diri seseorang itu seperti cara dia berfikir, beraksi, beremosi, dan seumpamanya. Ada yang suka berkawan, ramah mesra dan meluangkan masa dengan kawan-kawan. Ada yang suka bersendirian atau berada dalam suasana yang sunyi. Ada yang suka berlagak manja, membelai-belai... Ada jugak yang berlagak seperti tiada perasaan dan sukar meluahkan apa yang dirasai bila berdepan.

Sikap

Sikap ataupun attitude adalah suatu bentuk daripada perasaan iaitu sama ada menyokong ataupun tidak menyokong sesuatu perkara. Contohnya, mungkin kita biasanya ramah tetapi bila hati diuji kita lebih suka menyendiri. Mungkin kita suka bergurau senda tapi ada masa hati halus dan mudah terluka. Ini merupakan sikap individu tersebut ketika menghadapi masalah.



Ada kalanya kita tidak puas hati dengan sikap seseorang.
"Kalau saya jalan dengan dia, bila jumpa kawan dia selalu ja dia tak pedulikan saya..!"
"A tu banyak sangat cakap, tak pernah nak mendengar orang cakap."
"B selalu berubah fikiran, suka cancel plan."

Kedua-dua personaliti dan sikap ini memainkan peranan yang sangat penting di dalam pembentukan jiwa seorang individu. Jadi, adalah penting untuk kita memahami personaliti dan sikap seseorang terutamanya yang rapat dengan kita. Ingatlah, manusia tak sempurna...kita yang harus menyesuaikan diri. Ambil yang positif, tinggalkan yang negatif. Jangan sampai mood anda terganggu sehingga kerja anda yang tidak selesai.


Welcome Ya Ramadhan...

With the name of Allah the Most Gracious the Most Merciful...
Salam alaik to all readers...

Tak sabarnya nak sambut Ramadhan... Hari ini, 22 Jun 2013.. Umat Islam seluruh dunia akan menyambut Ramadhan kali ini pada 10 Julai 2013, insyaAllah... Cuba kira, ada 18 hari je lagi kan...? Yup..,, 18 hari tu tak lama... So,, kalau ada yang belum habis ganti puasa yang pernah ditinggalkan, perlu cepat-cepat ganti la kan... =)

APA YANG MENARIKNYA DENGAN BULAN RAMADHAN???

Jom muhasabah diri... apa yang paling kita suka tentang bulan Ramadhan? Ni antara perkara yang biasanya menarik perhatian. So, anda di mana?
  • Pahala amalan berganda
  • Solat Tarawih
  • Malam Lailatul Qadar
  • Zakat fitrah
  • Bazar Ramadhan/ banyak makanan
  • Bangun sahur, boleh qiam setiap hari.. 
  • Tak sabar nak raya

InsyaAllah, Ramadhan kali ni saya akan dapat sambut dengan keluarga di rumah. Perkara paling saya suka sekali pada bulan Ramadhan ialah dapat memperbanyakkan ibadah. Jom sama-sama berazam untuk mempertingkatkan ibadah... Semoga ibadah yang kita amalkan pada bulan Ramadhan dapat melatih diri kita untuk terus istiqamah walaupun bulan Ramadhan telah berlalu..

Jom sediakan checklis dan sentiasa semak... =)


Welcome ya Ramadhan....




Belajar Buat Keputusan

Salam alaik to all readers...peace be upon you..

Pernahkah anda rasa susahnya nak buat keputusan? Hati ada pada pilihan pertama tapi fikiran anda tahu pilihan kedua adalah yang terbaik. Konflik antara hati dan fikiran takkan berakhir jika kita tak bertegas membuat keputusan.

Kadang-kadang kita cuba memberi alasan, aulawiyat (keutamaan) seseorang berbeza. Hati cuba menafikan logik akal. Hati pasti menang sebab dilah raja dalam kerajaan diri manusia. Sebab tu, kita harus buat satu keputusan dengan fikiran yang logik. Pertimbangkan setiap satu baik buruknya, dan terus putuskan pilihan anda.

Okey, saya bagi contoh,

Pernah tak anda terifkir nak buat sesuatu yang baik? contohnya, hurmm... nak bagi contoh apa ye... Emmm..contoh nak solat di awal waktu.. Anda dah berniat nak solat di awal waktu. Suatu hari anda sedang study... Tiba-tiba azan zuhur berkumandang... Nak solat dulu ke..nak habiskan study dulu ye???

Putuskan saja... Jika difikir-fikir lagi, akhirnya kita cuba mencari alasan untuk tak melakukan kebaikan tu.. Mungkin kita akan fikir, mood tengah baik nak study ni, satu nota ja lagi nak habis. Study pun perkara baik dan berfaedah.., waktu zuhur pun panjang lagi... Takpe je habiskan study dulu.. Sedangkan secara rasionalnya,, nak solat tu sekejap saja. Lepas tu boleh study dengan tenang, lebih fokus dan lebih lama. Kan?

Lainlah kalau kita memang ada alasan yang tak boleh dielakkan, masa tu memang betul-betul tak boleh nak elak. Jadi,, kita tak akan fikir sebab memang dah tak boleh..contohnya,, waktu tu kita ada dalam kelas ataupun doktor yang sedang melakukan pembedahan..

So,, kalau terfikir nak buat sesuatu yang baik dan takde apa-apa sebab yang betul-betul menghalang.., just do it.. =)




Berubahkah Aku?

"Kenapa awak tak nak kawan dengan saya? Puas saya fikir apa salah saya, tiba-tiba saja awak mengelak daripada saya"

"Saya bukan taknak kawan dengan awak... Saya mintak maaf, awak tak salah. Pada saya,, awak masih kawan saya. Cumanya saya nak lebih menjaga diri..menjaga hati. Iman kita menaik dan menurun, susah nak maintain. Sebab tu, perlu menjaga jarak, menjaga pergaulan."

BERUBAHKAH AKU???

Aku hanya ingin jadi lebih baik daripada sebelumnya. Tak kisahlah apa orang kata. Ya...aku tak sebaik mereka.. Teringat aku kata-kata seseorang, "Tak ada hubungan antara lelaki dan perempuan bukan ajnabi melainkan kahwin". Aku bukan syadid sangat seperti orang yang mengharamkan terus untuk berkawan dengan lelaki. Tapi,, aku mahu menjaga hati.. Selagi hatiku tidak terbuai, aku suka berkawan. Tapi andai ada yang cuba bermain dengan hati..dengan ayat-ayat jiwang atau bagi aku hadiah, aku terpaksa menjaga jarak untuk aku terus menjaga hati..

Jom layan lagu ni...edcoustic, Berubah...

Berubahkah aku hanya bila ada sesuatu
Terus aku pulang pada sikap sebelum kuberubah
Hanya sekedar sesuatu tak berapa lamapun itu
Jarang kuterendap dalam sikap dimana kuberubah
Tuhan aku hanya manusia
Mudah berubah lagi dalam sekejap
Tuhan aku ingin berubah
Dan kubertahan dalam perubahanku

Luahan Persahabatan

Dalam bersahabat...,,
Dengan dia kita meluangkan masa..
Dengan dia kita bergurau dan bermain..
Dengan dia jugak kita marah, bergaduh ataupun merajuk..
Dia buat kita gembira, dia juga yang buat kita menangis..

Kadang-kadang persahabatan diuji,,
Hati rasa geram ja...
Tapi time nak fotostat nota,
Time nak submit esaimen,
Time nak p kelas atau exam,
Time nak makan,
Masa tu terfikir...
Eh,, kawan aku dah siap ke esaimen?
Dia dah fotostat ke nota ni...?
Dia blom makan la hari ni...

Ada jugak yang mengepek..
"Kawan aku ni suka betul buat kerja last minit"
Tapi,, bila dah kekalutan...dia tetap membantu,
"Kawan aku ni sensitif sangat"
Tapi,, bila dah menangis...dialah yang memujuk..

Haha...lucu kan?
Itulah persahabatan yang aku kenal di sini..
Macam-macam kenangan ada...
Aku dipaksa makan time moody taknak makan..
Kenangan kena leter dengan kawan-kawan..
Pengalaman stay up nak siapkan kerja dek kerana buat last minit..
Tapi orang lain jugak terpaksa stay up..
Disebabkan diberi peluang dan galakan aku biasakan diri drive lepas dapat lesen..

Kredit to all my friends...
Jom grad dengan gembira...
Tetap berhubung dalam doa..
InsyaAllah...^_^

Friday, June 21, 2013

Nukilan Perpisahan

Salam alaik....

Serius lama sungguh tak pedulikan blog ni.... huhu.. inilah kesibukan final year. Hopefully dapat tamatkan pengajian dengan baik bulan September ni.. Doakan ye.. Kali ni saya share hasil nukilan saya sebelum meninggalkan bumi USMKK ni... InsyaAllah...


Bumi ini...
Tempat aku terima tarbiyah demi redha Tuhanku,
Ya...tarbiyah itu susah, sakit dan perit,
Namun yang diharapkan itu nilainya lebih besar,
Empat tahun mengorak langkah,
Bertahan demi segulung ijazah,
Dugaan ini bukan mudah,
Aku bersyukur diberi kekuatan... 

Aku ibarat seorang pengembara yang baru mengenal dunia,
Melalui jalan hidup yang kadangkala bergelombang,
Kaki ini pernah juga terpijak duri, 
Tetapi kusedar jatuh bangunnya aku dengan izin Dia...

Di sini...
Aku kenal ukhuwah dan cinta,
Yang mewarnai hidupku dengan pelbagai rasa, 
Indahnya saat pelangi menghias hari,
Sungguhpun ada kala mendung, hujan atau teriknya mentari,
Hari itu pasti akan berlalu...

Sahabat,
Terima kasih kerana menjadi pelengkap kisahku,
Kupohon berjuta kemaafan andai pernah menyakiti,
Juga atas tanggungjawab yang tidak terlaksana,
Kutahu diri ini punyai banyak kelemahan, 
Aku terima segala teguran,
Andai masih ada yang berbekas di hati,
Sama-samalah kita lepaskan, kita leraikan...
InsyaAllah...
Doakan kejayaanku dunia akhirat... 

# keep calm..and graduate... # 
^_^