Thursday, February 14, 2013

Alhamdulillah...

With the name of Allah the Most Gracious the Most Merciful...
 
Subhanallah...
Sukar untuk aku percaya,
Sesuatu yang sangat menyakitkan,
Sehingga membuat aku berputus asa,
Rupanya Allah merancang sesuatu,
Ya.., Dia sebaik-baik Penolong.

Dalam pada aku menangis kelukaan,
Lari..menyepi jauh dari manusia,
Kepastian itu hilang dari minda,
Mampukah aku teruskan?
Adakah ini hanya skrip tambahan yang perlu aku lalui?
Atau memang destinasiku?
Jawapannya kuserah pada Yang Satu,
Kerana Dia lebih Mengetahui.

Sedang lelah aku menongkah arus,
Rasa ingin menukar arah laluan yang ditempuh,
Walau semakin menghampiri penghujung perjalanan,
Saat ini...
Yang Memerhati itu menghadirkan ubat,
Dan Dia terus Merawat,
Dia memberi aku kekuatan dan nafas baru,
Untuk aku kembali berjuang. 

Alhamdulillah....
Alhamdulillah...

No comments:

Post a Comment