Tuesday, January 8, 2013

Bahang PRU13: Tak Suka Politik, Macam Mana Nak Pilih Pemimpin?

With the name of Allah The Most Gracious The Most Merciful..
Salam alaik to all readers..


Mengjelang PRU, tajukku berkenaan 'memilih pemimpin'.. Bagi orang yang tak suka politik, jangan mudah alergik, baca dulu deh... Saya ingin membuka minda para pembaca agar sedar dan jelas berkenaan ini. Politik kotor? Atau parti politik yang guna cara kotor? Apakah beza antara politik dengan parti politik? Adakah semua parti politik guna cara kotor? Sila bezakan dengan akal yang Allah anugerahkan kepada kita. Fikir...fikir...fikir... (versi Jimmy Neutron).

Tanggungjawab memilih pemimpin merupakan tanggungjawab setiap individu. Jadi, kriteria pemilihan pemimpin perlulah mengikut garisan yang Islam tetapkan kerana dalam Islam kita perlu menjawab setiap perkara yang kita lakukan. Jika kita salah memilih pemimpin, kitalah yang perlu pikul akibatnya. Jika kita menyokong orang yang dengan kepimpinannya bertambah kemaksiatan, bertambah penindasan...apa yang kita nak jawab dengan Allah di akhirat nanti?

Eh, ada peraturan ke dalam pemilihan pemimpin? Islam ada menggariskan panduan dalam memilih pemimpin. Sebagai contoh, kita boleh lihat tindakan Rasulullah S.A.W. dalam memilih seseorang untuk mengetuai perang, untuk menyampaikan risalah Islam dan sebagainya. Mengikut imam Al-Ghazali, terdapat empat kriteria penting yang perlu ada untuk seseorang itu menjadi pemimpin iaitu:
  1. Kuat dan berwibawa
  2. Berilmu
  3. Bijaksana dan mempunyai kekuatan daya fikir
  4. Bersih dan berintegriti moral


Imam Al-Ghazali menjelaskan, seorang pemimpin perlu membayangkan dirinya berada di tempat rakyat biasa dan mendisiplinkan dirinya untuk hidup sederhana. Saya kira, seorang pemimpin yang membezakan taraf kedudukannya daripada rakyat biasa, malah jurangnya terlalu besar, orang begitu tidak layak digelar pemimpin. Menurut Imam Al-Ghazali juga, pemimpin perlu sedar akan tanggungjawab besar yang dipikulnya dan berusaha memuaskan hati semua pihak selagi mana tidak melanggar hukum Allah. Pemimpin juga harus mengawal diri dan orang bahawannya serta memerangi sikap bongkak mereka. 


Selebihnya, sorang pemimpin  yang dipilih mestilah diyakini akan mempertahankan syariat agama, bukan sekadar memburu jawatan dunia. Di dalam Al-Quran, Allah ada menyebut berkenaan pemimpin, antaranya: 

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. [Al-Ma'idah:51]


Tidakkah kamu perhatikan orang-orang yang telah menukar nikmat Allah dengan kekafiran dan menjatuhkan kaumnya ke lembah kebinasaan?, yaitu neraka jahannam; mereka masuk kedalamnya; dan itulah seburuk-buruk tempat kediaman.[Ibrahim: 28&29]


Akhir kata, sedikit persoalan saya tinggalkan sebagai homework supaya kita sama-sama fikir. Masih nak tolak politik ke lepas ni? Tak nak terlibat dengan pemilihan pemimpin negara, pemimpin yang menentukan halatuju kita? Layakkah orang yang mempolitikkan syariat Allah diangkat menjadi pemimpin? Nak undi apa ye untuk PRU13 nanti...? Jadi, para pembaca yang dikasihi sekalian, tepuk dada tanya iman...

No comments:

Post a Comment