Saturday, January 26, 2013

Ya Allah, Diakah Jodohku?

With the name of Allah the Most Gracious the Most Merciful
Salam alaik to all readers...

Lagi-lagi soal jodoh... Mungkin kerana umur yang sedang menuju dewasa. Diri tak lepas dari membicarakan soal kahwin dan cinta. Tajuk entri ini “Ya Allah, Diakah Jodohku” sebenarnya tajuk buku yang ditulis oleh seorang penulis yang bernama Burhan Sodiq. Seorang sahabat meminjamkan saya buku ni. Bagus bukunya, penulis mengajar pembaca bagaimana mengurus cinta.
Sering aku disoal “hang bila lagi?” Atau pun, asal rajin sikit di rumah selalu ada yang perli “pelik je aku tengok..ada orang nak mai rumah ke?”. Bila dah bosan sangat dengan pelbagai persoalan, saya jawab, “jom la kemas rumah, nanti kalau ada yang datang tak la malu” ataupun “kena la rajin, berlatih untuk jadi isteri orang”. Haha..layan je lah... Bila orang dah semangat mengusik, nak lawan pun tak guna.
Soal hati
Ada masanya kita mungkin terasa pintu hati diketuk orang atau kita mungkin tersedar yang kehadiran seseorang terlalu istimewa daripada kebiasaan. Seorang ustazah pernah cakap, kita perlu membezakan antara suka dengan cinta. Jika benar itu cinta, salurkan kepada jalan yang betul agar kita tak sesat dibuatnya. Persoalan saya, andai benar itu cinta, perlukah kita terus membajanya? Ketika berdoa, saya mohon agar tidak mencintai orang yang bukan milik saya. Saya yakin perasaan itu fitrah yang boleh muncul bila-bila sahaja. Namun, saya tak pasti adakah dia jodohku... 
Bila pintu diketuk orang
Bila pintu mula diketuk, atau kita melihat kelibat seseorang di luar pintu, mungkin hati tergerak untuk membukanya. Saya tertarik dengan perkataan penulis di dalam buku ini.
Cinta bukanlah sesuatu yang aib, ia juga bukan sesuatu yang tercela. Baik dan buruknya sebuah cinta bergantung kepada apa kita membingkainya. Kalau bingkainya bagus, maka ia akan bagus. Tetapi jika bingkainya buruk, maka ia akan buruk. Ada bingkai yang suci dan halal, dan ada bingkai yang kotor dan haram. Islam mengajar bagaimana menjaga, merawat dan melindungi perasaan cinta daripada segala bentuk kehinaan dan apa sahaja yang mengotorinya. – Burhan Sodiq
Mari kita bayangkan, andai kita benarkan pintu terbuka, namun yang hadir bukanlah penghuni yang dinanti. Bahkan mungkin bukan juga sekadar tetamu. Boleh jadi panyangak yang sedang mencari peluang. Saya tak ingin menakutkan sahabat pembaca. Namun tetap, perlu berwaspada. Pendirian saya sekarang, selagi salam tidak diberikan, pintu tidak akan sekali-kali dibuka.


Gagalkah Aku Sebagai Pemimpin?

With the name of Allah the Most Gracious the Most Merciful
Salam alaik to all readers…
“Pemimpin”, mungkin ada yang suka bergelar pemimpin. Namun hakikatnya menjadi pemimpin bukanlah anugerah. Pemimpin sebenarnya adalah orang yang bekerja. Kita sering melihat seorang pemimpin gagal menjalankan peranan sebaiknya sebagai seorang pemimpin. Maaf, saya tak berminat untuk mengkritik sesiapa dalam entri saya kali ini. Saya cuma ingin berkongsi pandangan orang bawahan terhadap mereka yang berada di tampuk kepimpinan.
Sebelum itu penting untuk kita semua jelas, tahap kepimpinan seseorang individu adalah berbeza dengan orang lain. Andai kepimpinan seseorang itu lemah, itu bukan bermakna dia harus menolak segala tanggungjawab. Dalam Islam ada ciri-ciri yang perlu diutamakan dalam persoalan memilih pemimpin.  Jika dibaca dalam buku-buku psikologi dan kepimpinan, sebenarnya kepimpinan adalah suatu proses. Mungkin ada insan yang dilahirkan dengan ciri-ciri yang melayakkan dia memikul tugas sebagai seorang ketua atau pemimpin. Namun, di suatu sudut yang lain, kepimpinan adalah satu proses yang boleh dipelajari. Malahan, setiap orang perlu sentiasa belajar untuk menambah nilai terhadap diri sendiri dalam apa jua aspek.
Di dalam sebuah buku, “Menjadi Pemimpin” hasil penulisan Azizan Bahari ada mendefinisikan kepimpinan. “Kepimpinan ialah satu proses mempengaruhi orang-orang lain untuk memahami dan menyetujui tentang apa yang perlu dilakukan dan bagaimana melakukannya, dan proses memudahkan usaha-usaha individu dan kolektif mencapai tujuan-tujuan bersama” (Yulk, 2006). Di sini saya hanya ingin mengupas perkara asas dalam memimpin.
Pemerhatian saya
Apa yang saya perhatikan kebanyakan orang yang saya jumpa berfokus kepada gerak kerja berbanding mempengaruhi orang yang dipimpin untuk melaksanakan gerak kerja. Sebagai contoh, anda memberi suatu tugas kepada orang bawahan anda. Namun, jika anda gagal menghubungi atau sukar mendapat maklum balas, apa yang anda lakukan? Daripada pemerhatian saya, ramai yang memilih untuk memudahkan urusan iaitu dengan melaksanakan tugas itu sendiri atau melantik orang lain. Maaf untuk saya katakan, tindakan ini adalah tidak adil. Dalam situasi lain, jika orang yang anda tugaskan gagal menyelesaikan tugasan, apakah tindakan anda? Anda mungkin mengatakan “anda sepatutnya menyiapkannya minggu lepas, kenapa anda tidak menyiapkannya?”, “anda mesti siapkan hari ini juga” ataupun “anda tidak menjalankan tanggungjawab anda dengan baik”. Dalam situasi ini, adalah lebih baik jika kita dapat menggunakan kata-kata yang lebih baik. Sebagai contoh, “adakah anda mempunyai masalah atau kesukaran dalam menyelesaikan tugas”, “adakah apa-apa yang boleh saya bantu”, ataupun “adakah anda sihat? bilakah anda dapat menyiapkan tugasan itu”.
Peranan seorang pemimpin
Seandainya saya merupakan pemilik syarikat perniagaan dan saya adalah pemimpinnya, apabila berhadapan dengan pekerja yang bermasalah, kemungkinan besar saya juga akan memilih untuk mencari pekerja yang lebih baik kerana ia berkait rapat dengan keuntungan syarikat. Tetapi sebelum itu saya akan berusaha mencari tahu masalah pekerja dan cuba memotivasikannya terlebih dahulu. Jika hasil yang saya terima adalah sememangnya pekerja itu bermasalah, barulah adil untuk saya mengambil langkah seperti itu. Namun, jika pekerja mempunyai masalah lain yang menghalang dia bekerja dengan baik, pada saya itu merupakan tanggungjawab saya untuk membantu dia menyelesaikannya.
Tapi, berbeza pula jika kita bekerja dalam satu organisasi yang lain. Sebagai contoh, sebagai pelajar universiti saya melihat banyak peluang untuk setiap orang memperbaiki skil dalam memimpin. Sebagai contoh, seorang pensyarah dengan mahasiswa mahupun dalam gerak kerja persatuan atau gerak kerja dakwah. Di sini bukanlah saya ingin mengkritik mereka yang terlalu mudah mengambil jalan lain kerana saya faham setiap orang mempunyai tahap kesabaran dan sikap yang berbeza. Di sinilah yang saya maksudkan masih banyak yang boleh diperbaiki. Kalau sikap kita yang kurang sabar, mudah berburuk sangka dan sebagainya, itulah yang perlu kita perbaiki. Saya mengaku saya sendiri masih berusaha memperbaiki sikap saya.
Jalan tengah
Kepimpinan adalah satu proses yang mana setiap orang masih perlu belajar. Kadang-kadang berjaya atau gagalnya seseorang itu memimpin juga bergantung kepada orang-orang yang dipimpinnya. Setiap orang berbeza pemikirannya.  Yang penting setiap orang harus berusaha memperbaiki diri. Apabila seseorang bergelar pemimpin, dia harus ingat, ada mata yang sedang memerhati. Anda gagal sekiranya menganggap pandangan orang perlu diabaikan. Terima kritikan membina dan cuba ubah mana yang mampu. Jika anda sudah melakukan yang terbaik, takpe Allah tahu. Mungkin masih belum sempurna, teruskan berusaha memperbaiki kelemahan yang ada.  Tapi harus diingat, tiada manusia yang sempurna. Walau sekuat mana kita berusaha, mungkin juga masih belum sempurna di mata orang.
Senang cerita, ini analoginya. Seorang kanak-kanak lelaki berjalan dengan ayahnya bersama seekor keldai. Dalam perjalanan, si ayah menyuruh anaknya menunggang keldai manakala si ayah berjalan sambil memegang tali keldai. Melihat situasi tersebut, orang mengatakan bahawa si anak tidak berperasaan membiarkan ayah yang sudah tua berjalan sedangkan dia menunggang keldai. Si anak pun menyuruh ayahnya menunggang keldai dan dia pula yang berjalan kaki. Tiba di suatu tempat, ada pula yang mengatakan si ayah tidak berperikemanusiaan membiarkan anak berjalan kaki. Si ayah kemudiannya mengajak si anak menunggang keldai itu bersamanya. Orang ramai berkata mereka telah mendera keldai yang kecil dan lemah. Akhirnya kedua-dua mereka pun turun dan berjalan kaki. Namun tetap orang ramai yang melihat memberikan komen dan mengkritik. Mereka mengatakan si ayah dan anaknya bodoh kerana mempunyai keldai tetapi tidak menunggangnya.
Just DO YOUR BEST..! =)

Besarnya Tanggungjawab Dalam Mendidik Anak-anak

With the name of Allah the Most Gracious the Most Merciful
Salam alaik to all readers
Tanggungjawab mendidik anak bukanlah sesuatu yang mudah. Orang kata, kamu tak akan faham perasaan seorang ibu sehinggalah kamu sendiri menjadi ibu. Jika itu meletakkan kelayakan untuk bercakap soal keibubapaan, saya mengaku kalah. Saya sendiri belum berkahwin inikan pula mempunyai anak. Namun, berdasarkan pengetahuan yang dipelajari secara teori, saya kira itu cukup untuk membandingkan teori dan praktikaliti masyarakat sekarang. Ataupun sekurang-kurangnya, cukuplah sekadar melihat kembali tujuan penciptaan manusia untuk seorang ibu mahupun bapa mendidik anak-anak.
Lupakah kita, tujuan manusia diciptakan? “Dan mengapa mereka tidak memikirkan tentang (kejadian) diri mereka? Allah tidak menjadikan langit dan bumi dan apa yang ada diantara keduanya melainkan dengan (tujuan) yang benar dan waktu yang ditentukan. Dan sesungguhnya kebanyakan di antara manusia benar-benar ingkar akan pertemuan dengan Tuhannya” [Ar-Ruum : 8]. Berbalik kepada matlamat penciptaan manusia, maka itulah sepatutnya yang menjadi asas dalam didikan terhadap anak-anak. Allah menegaskan di dalam Al-Quran, “sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah cobaan (bagimu), dan di sisi Allah-lah pahala yang besar”[At-Taghaabun : 15].

Realiti masyarakat sekarang
Dewasa ini, kebanyakan pasangan berusaha mengejar harta sehingga lupa mendidik anak sedangkan didikan awal anak-anak adalah bermula di rumah. Tak kurang juga yang membiarkan harta membawa anak-anak melupakan tujuan penciptaan manusia. Ditambah pula dengan masalah sikap yang semakin membarah. Sedih dan kecewa saya melihat realiti masyarakat sekarang.  Ya, tanggungjawab mendidik anak bukannya mudah. Saya akui saya sendiri belum bersedia.
Namun, bagi sahabat-sahabat yang sudah berkahwin dan mempunyai anak, anda perlu melatih diri. Suka mahupun tidak anda HARUS BERSEDIA. Saya melihat ramai ibu muda ataupun sebenarnya ibu moden yang terlalu leka dan hanyut dibawa arus kemodenan. Berjam-jam di depan facebook sehingga makan minum suami tak dijaga. Seharian dengan henset sehingga tangis anak tak dipedulikan. Ada juga yang leka dengan dunia sendiri sehingga anak menjadi mangsa kemarahan dengan alasan mengganggu ketenteraman. Lebih dasyat lagi maki hamun, tengking dan penderaan emosi anak-anak dengan bahasa kasar dan penuh kebencian menjadi suapan harian buat anak-anak.
Pengakuan saya
Ini pandangan saya sebagai orang yang belum berkahwin, belum mempunyai anak. Saya mengaku perasaan tertekan saat menjaga kanak-kanak. Saya pernah mengasuh kanak-kanak dan saya mengaku kesabaran saya teruji. Saya juga mempunyai anak saudara, dan masa singkat bersama mereka pernah membuat saya terasa nak marah. Jadi, ibu bapa sebenar mungkin lebih merasainya. Saya juga tidak berniat memburukkan sesiapa. Emak saya selalu mengingatkan, jangan mudah mengata orang kerana kita belum tahu bagaimana masa depan kita. Saya juga masih cuba memperbaiki diri. InsyaAllah.. Semoga saya terpelihara daripada sikap seperti ini dalam mendidik anak-anak. (Ya Allah, jadikanlah aku anak yang baik, isteri yang solehah dan ibu yang terbaik buat keluargaku..!) Namun, Allah menuntut kita saling memberi peringatan. Andai suatu hari saya tersilap, mohon para pembaca memberikan teguran buat diri saya.
Harapan saya
Wahai para ibu..! Wahai bakal ibu...! Andalah yang mencorakkan masa depan anak-anak. Suatu hari anda akan diminta pertanggungjawaban ke atas anugerah yang Allah bagi untuk dipelihara dengan baik. Didiklah anak cara Islam. Kenalkan mereka dengan Allah yang Menciptakan. Ajarkanlah mereka solat menyembah Tuhan. Belailah mereka dengan penuh kasih sayang. Setiap kata-kata itu doa. Jangan pernah memaki hamun anak-anak dengan kata-kata kesat. Andai kelembutan yang digunakan maka lembutlah jiwa anak-anak. Andai perkataan kasar ditaburkan sehari-hari, jangan nanti menyesal jika anak terdidik sedemikan rupa.
Melihat keadaan kurang enak ibu bapa menengking anak-anak semahunya, saya tak punya kekuatan untuk bersuara. Pernah saya dihadiahkan ayat ini, “suka hati aku la, anak aku”. Namun, kasih sayang sebagai saudara seakidah menuntut saya menulis sedikit di sini. Marilah kita sama-sama berdoa sepertimana doa Nabi Ibrahim, “Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan shalat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.” [Surah Ibrahim:35].

Wednesday, January 16, 2013

Cinta Teragung Buat Rasulullah



With the name of Allah the Most Gracious the Most Merciful... Salam alaik to all readers...

Kata orang, manusia sanggup melakukan apa sahaja demi cinta. Namun sayang andai murninya cinta yang Allah beri hanya ditaburkan di kaki lima... Sampaikan ada yang mengaku sanggup berenang di lautan api. Mendengar ceramah Ustaz Saibon semalam aku tersedar, rapunya cintaku kepada Rabbku... Aku menyoal diri, apa pula manifestasi cintaku kepada Rasulullah... Andai ditanya adakah kita mencintai Rasulullah, aku pasti setiap yang mengaku dirinya Islam pasti akan menjawab 'ya'... 

Ya Rasulullah…

Peribadi muliamu diperkatakan,

Engkau punya hati yang luhur mencintai umatmu, 
Sanggup menanggung penderitaan kami, 
Bicara dakwahmu sangat memikat, 
Tingkahlakumu terhias indah akhlak Islam.


 Ya Rasulullah...
 Aku umatmu yang kemudian, 
Tak pernah berada di bawah pemerintahanmu, 
Namun engkau tetap penghulu utama, 
Aku percara luhur budimu yang dibicarakan, 
Mungkin indah rupa daripada khabar.

Ya Rasulullah…  
Saat aku punya keraguan yang tidak terjawab oleh manusia lainnya, 
Aku berharap ada engkau untuk menjelaskan, 
Menjelaskan dengan penuh kasih sayang, 
Pernah aku rasa kekurangan kerana tak hidup di zamanmu, 
Tapi Allah punya ketetapan sendiri, 
Yang pastinya ada hikmahnya.

Ya Rasulullah…  
Mungkin cintaku rapuh berbanding para sahabat, 
Kuharap engkau mengenaliku, 
Ingin aku bertemu engkau di syurga, 
Kerana engkau Rasulku..

Monday, January 14, 2013

Trauma tahap teruk

Bismillahirrahmanirrahim... peace be upon you...


Kata kunci kat sini adalah 'trauma'. Trauma apakah yang dimaksudkan? Hurmm... Biarlah rahsia.. Trauma tu apa sebenarnya? Kalo guna istilah perubatan, trauma bermaksud kecederaan. Tapi kat sini 'trauma' saya rujuk sebagai kecederaan emosi dan jiwa. Hari ni baru habis first paper untuk sem ni, esok pulak last paper.. Alhamdulillah, paper hari ni kira OK walaupun study entah ke mana... Serius, mood study untuk exam kali ni sangat-sangat teruk.. kenapahkah? Bila tengok nota ja terbayang segala trauma.. 

haishh.. "Tak boleh macam ni izahhh..." berkali-kali saya cuba menasihati diri, tapi bukan mudah nak melupakan semua yang berlaku. Tambahan pulak ayat yang terngiang-ngiang di kepala sama ada yg datang secara realiti ataupun hanya terbayang memori.

Semua bicara tentang 'attitude'. Tapi sangat sukar untuk seseorang menilai balik sikap sendiri. Kadang-kadang apa kita ucapkan menjadi bayangan yang menghantui hidup seseorang. Sedarkah mungkin kerana kita, ada jiwa terbunuh walau jasad masih bernyawa? Alhamdulillah, jiwa saya masih hidup walaupun sedikit lemah dengan segala yang ditaburkan. Malahan dengan mudah ia menjadi permainan di bibir mereka. Dan yang lebih mengecewakan adalah orang-orang yang terlibat adalah yang saya kira tidak sepatutnya terlibat. Tak mudah untuk diri ini memaafkan dan melupakan. Harapanku, semoga Allah redha dan mempermudahkan...



Aku hanya seorang hamba, 
Lemah jika tidak diberi kekuatan,
Rebah andai tak diteguhkan hati, 
Ku akui lemahnya diriku,
Tidak sehebat dirimu atau mereka,
Tapi ingin kutegaskan,
Tujuan hidupku hanya Allah,
Andai aku berjaya itu dengan izin Rabbku,
Jika tidak, 
Kuterima sebagai ujian.


Tuesday, January 8, 2013

Bahang PRU13: Tak Suka Politik, Macam Mana Nak Pilih Pemimpin?

With the name of Allah The Most Gracious The Most Merciful..
Salam alaik to all readers..


Mengjelang PRU, tajukku berkenaan 'memilih pemimpin'.. Bagi orang yang tak suka politik, jangan mudah alergik, baca dulu deh... Saya ingin membuka minda para pembaca agar sedar dan jelas berkenaan ini. Politik kotor? Atau parti politik yang guna cara kotor? Apakah beza antara politik dengan parti politik? Adakah semua parti politik guna cara kotor? Sila bezakan dengan akal yang Allah anugerahkan kepada kita. Fikir...fikir...fikir... (versi Jimmy Neutron).

Tanggungjawab memilih pemimpin merupakan tanggungjawab setiap individu. Jadi, kriteria pemilihan pemimpin perlulah mengikut garisan yang Islam tetapkan kerana dalam Islam kita perlu menjawab setiap perkara yang kita lakukan. Jika kita salah memilih pemimpin, kitalah yang perlu pikul akibatnya. Jika kita menyokong orang yang dengan kepimpinannya bertambah kemaksiatan, bertambah penindasan...apa yang kita nak jawab dengan Allah di akhirat nanti?

Eh, ada peraturan ke dalam pemilihan pemimpin? Islam ada menggariskan panduan dalam memilih pemimpin. Sebagai contoh, kita boleh lihat tindakan Rasulullah S.A.W. dalam memilih seseorang untuk mengetuai perang, untuk menyampaikan risalah Islam dan sebagainya. Mengikut imam Al-Ghazali, terdapat empat kriteria penting yang perlu ada untuk seseorang itu menjadi pemimpin iaitu:
  1. Kuat dan berwibawa
  2. Berilmu
  3. Bijaksana dan mempunyai kekuatan daya fikir
  4. Bersih dan berintegriti moral


Imam Al-Ghazali menjelaskan, seorang pemimpin perlu membayangkan dirinya berada di tempat rakyat biasa dan mendisiplinkan dirinya untuk hidup sederhana. Saya kira, seorang pemimpin yang membezakan taraf kedudukannya daripada rakyat biasa, malah jurangnya terlalu besar, orang begitu tidak layak digelar pemimpin. Menurut Imam Al-Ghazali juga, pemimpin perlu sedar akan tanggungjawab besar yang dipikulnya dan berusaha memuaskan hati semua pihak selagi mana tidak melanggar hukum Allah. Pemimpin juga harus mengawal diri dan orang bahawannya serta memerangi sikap bongkak mereka. 


Selebihnya, sorang pemimpin  yang dipilih mestilah diyakini akan mempertahankan syariat agama, bukan sekadar memburu jawatan dunia. Di dalam Al-Quran, Allah ada menyebut berkenaan pemimpin, antaranya: 

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. [Al-Ma'idah:51]


Tidakkah kamu perhatikan orang-orang yang telah menukar nikmat Allah dengan kekafiran dan menjatuhkan kaumnya ke lembah kebinasaan?, yaitu neraka jahannam; mereka masuk kedalamnya; dan itulah seburuk-buruk tempat kediaman.[Ibrahim: 28&29]


Akhir kata, sedikit persoalan saya tinggalkan sebagai homework supaya kita sama-sama fikir. Masih nak tolak politik ke lepas ni? Tak nak terlibat dengan pemilihan pemimpin negara, pemimpin yang menentukan halatuju kita? Layakkah orang yang mempolitikkan syariat Allah diangkat menjadi pemimpin? Nak undi apa ye untuk PRU13 nanti...? Jadi, para pembaca yang dikasihi sekalian, tepuk dada tanya iman...

Friday, January 4, 2013

Being a Nurse

With the name of Allah the Most Gracious the Most Merciful...
Salam alaik to all readers.. 

How are you today? 
Hopefully you all read my blog with smile on your face.. 
If not, please smile now..! 

As stated on my blog, i'm a 4th year nursing student in USM Health Campus. Next week is my end posting for this semester. Here i'm glad to share with everyone about my experiences during my clinical posting. You know what, being a nurse is not easy. And I almost give up with everything I faced during my clinical posting. But, fortunately Allah give me strength to continue with patient. And please pray for me so that I can finish another semester after this with flying colors.

Being a nurse need patience. Knowing that I'll further my study in nursing, someone told me that nurses are nasty. At that time, i don't get what he meant. Now I understand, sometimes nurses failed to treat patient nicely and politely.  And when it happen in front of my eyes, I can explain the reason why. Nurses work with pressure everywhere. They (registered nurse) have to finish their works within specific time given. Depending on the hospital, their workloads are different. Sometime they don't even have time to take a break because of the workload. 

When a daughter take care of a paralyze mother, we heard many complaint and sighs, right? Now, can you imagine how a nurse can take care of six patients at the same same time? Let say two patient need bed bath, three patient have wound dressing, two patient need to be fed through nasogastric tube. These are procedures that must be done. But when working with a human being, we cannot expect that it will always run like what we plan. Patients also may B.O. (bowel open) and nurses must clean it immediately. Can you imagine if patient has diarrhea? Plus patients on intravenous therapy, admission and discharge, bed making and other extra works to be completed. 

For me, as a nurse I must work sincerely. I like to take care of the sicks. But the situation sometime give me pressure. With time constraint, and many works to be completed, everyone around will blame you if you are late. Then you have to finish writing report to be passed to the next shift. From my interviews, staff nurses told me that they have to follow regulations without considering their own situation in the clinical area. As a result, they complete the documentation but doesn't satisfied with nursing care that they provided and decrease rapport with patient. 

Being a nursing student means a lot to me.. I'm happy when I can give nursing care to my patient with loves, understand their problems and make them feel comfortable and smile. There is also a lot of tears when being scolded by lecturers, staff nurses, patient and also patient's relatives. Being a nursing student is very challenging to me. It is a good work where we can help many peoples. But we have to fight with our own emotion to keep standing.. InsyaAllah.. 

Tuesday, January 1, 2013

Tak Semua Orang Kita Suka dan Tak Semua Orang Suka Kita. So, It Is Fair..

With the name of Allah the Most Gracious the Most Merciful.. 
Salam alaik to all readers.. 

Tepuk dada, tanya minda... Saya pasti semua pernah tidak menyukai seseorang dan juga pernah rasa tidak disukai. Betul? Bukan sekali saya diajukan soalan begini, malah dah tak ingat bilangannya. Antaranya,


"Izah, kenapa semua orang macam tak suka saya ja?"
"Izah, kenapa hari ni semua orang macam taknak cakap dengan saya?"


Biasanya jawapan yang saya bagi agak mudah. Kadang-kadang, perasaan kita saja. Perasaan ni unik. Ada kalanya, bila mood kita baik dan hati pun tenang, kita ok dengan semua orang. Tapi, bila emosi kita tak stabil, rasa macam semua benda bermasalah. Saya sendiri pernah  rasa macam ni. Ada waktu, jiwa terlebih sensitif. Bila dalam situasi ni, saya lebih suka menyendiri dan tenangkan fikiran. Ataupun berdiam sambil memujuk diri. Paling bagus, kalau kita dapat positifkan pandangan kita terhadap setiap perkara yang berlaku. Cumanya, diri kita mungkin degil. Soal hati, susah nak pengaruhi dengan fikiran. Kalau dah tak dapat nak senyum, satu lagi cara yang saya praktikkan. Saya bagitahu diri saya "Izzah, u just need some sleep". Jangan lupa, teruskan komunikasi dengan Allah. Dia lebih tahu diri dan perasaan kita melebihi diri kita sendiri...!

Fikiran kita sering terganggu memikirkan orang lain tak suka kita. Pernah tak kita ingat, kita pun ada tak suka orang lain. Mungkin sebab satu kesalahan yang orang lain buat, kita kenang sampai sekarang. Mungkin juga kerana sikap yang menjengkelkan buat kita rasa menyampah. Astaghfirullah... Kita dituntut saling memaafkan. Untuk memaafkan dan melupakan sesuatu yang pernah menikam jiwa, memang sukar. Walaupun susah, sekurang-kurangnya kita cuba. Memaafkan ni bukan saja melakukan kebaikan kepada orang lain, malah terhadap diri sendiri. Dengan memaafkan dan membuang rasa benci, hati sendiri akan lebih tenang. 

Ayuh, bersihkan jiwa...! Perasaan-perasaan negatif sebegini mungkin menunjukkan hati kita bermasalah. Hanya hati yang tenang akan rasa kebahagiaan hakiki. Carilah ketenangan hati.Firman Allah dalam surah Ar-Ra'd ayat 28 yang bermaksud: 
"(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram."