Saturday, December 15, 2012

BINA CINTA DENGAN MEMBERI



“What you give you get back”


Pernah dengar ayat ni? Mesti ramai yang biasa dengan ayat ni kan? Kalau diikutkan, banyak agama ada mengatakan tentang perkara ni…  Antara ayat lain yang memberi maksud yang lebih kurang sama:


“Treat people how you want to be treated”

“If you treat people well, then people will treat you the same”


Tapi kita mesti ingat, memberi bukan untuk menerima. Bila kita melakukan sesuatu, jangan pernah mengharapkan balasan. Jiwa tidak akan pernah puas jika kita mengharapkan setiap pengorbanan, kasih-sayang atau kebaikan yang kita bagi sentiasa mendapat balasan. 


MEMBERI CINTA


Memberi cinta sebenarnya tak mudah. Berapa ramai yang mencintai manusia lain dengan mengharapkan terbalasnya rasa itu. Berapa ramai pula yang kecewa bila cinta tak kesampaian. Dalam percintaan, akan ada pihak yang lebih banyak memberi . Orang yang lebih banyak cinta, dialah yang biasanya lebih banyak memberi. 


Cinta yang ikhlas bukanlah pada kata-kata atau luahan rasa semata. Tapi cinta yang suci itu terbukti dengan tindakan. “Love is a verb”. Tapi sering kita lihat, banyak cinta yang terkubur selepas pernikahan.  Pada awalnya rasa cinta itu dibaja dengan baik. Tapi akhirnya, masing-masing berfokus untuk menuntut hak masing-masing. Mereka lupa bahawa cinta perlu diberi bukannya dituntut. 


MEMBERI CINTA SEBELUM HALAL?


Cinta itu satu fitrah. Bila jatuh cinta, kawal hati agar tidak terleka dan terarah kepada maksiat. Bila fikiran melayang teringatkan dia, beristighfarlah…ingatlah kepada Pencipta dirinya. Jadikan cinta yang wujud sebagai jambatan menggapai redha Allah… bukan penyebab kemurkaan Allah. Jadikan cinta sebagai anugerah. Jangan jadikannya musibah.


CINTAKU UNTUKMU




Sering kawan-kawan bertanya “awak pernah jatuh cinta?”. Berat nak jawab soalan ni. Saya cuba mengelak sebab taknak menipu. Tapi bila didesak berkali-kali, satu jawapan ringkas yang mampu diberikan, “Cinta tu satu fitrah”. Jawapan ini pastinya mengundang pelbagai persoalan lain. Cukuplah saya mengatakan, cinta itu akan bertandang bila Allah menghendakinya. Cumanya, di saat diri ini belum bersedia akan kudiamkan segala rasa. Ada kalanya aku berpura-pura tidak mengerti. Diamku bukan kerana cuba menafikan tapi kerana mahu menjaga hati. Dan Jika ditakdirkan suatu hari engkau jodohku, akan kuberikan cinta milikmu. Tapi sekarang aku tak mampu meletakkan harapan untuk mencintaimu sebelum kukejar cinta Allah. Dan aku berdoa semoga Allah memelihara perasaan ini, melindungi diriku dan dirimu… 

No comments:

Post a Comment