Thursday, November 15, 2012

Urus emosi anda : Emotional Intelligence



“stresssss...!”

“Arghhhh...!”

Kadang-kadang lain yang kita rancang, lain pulak jadinya. Bila terjadi macam tu, biasanya kita akan stress. Seseorang pernah berkata, “seorang manager yang baik bukan saja ada plan A, bila plan A gagal, terus kepala jadi serabut. Tapi seorang manager yang baik akan mampu berhadapan dan mengurus setiap situasi apabila berlaku tidak seperti yang dirancang.” Kata-kata ni betul membuatkan aku berfikir tentang diri sendiri. Ada betulnya. Saya akui. 

Kita tak boleh berharap sikap setiap orang sama macam kita. Itu kepelbagaian yang Allah corakkan dalam diri hambaNya. Bayangkan jika dunia ni satu warna saja. Mesti bosan kan? Walaupun daun hijau yang sama warnanya, Allah bentukkan pelbagai bentuk. Apatah lagi sehebat-hebat makhluk ciptaanNya yang mempunyai akal fikiran yang pelbagai. Pasti, setiap orang ada fikiran sendiri. Makanya, sikap pun pelbagai rupa dan warna. Jadi, hargai perbezaan yang ada. Dengan perbezaan itulah kita semua saling melengkapi. Betul tak? 

Persoalannya sekarang, macam mana kalau tak sehaluan? Macam mana kalau sikap dia memang tak boleh diterima? Macam mana kalau apa yang berlaku terasa seperti tak dapat dimaafkan? Ataupun kesan terhadap diri anda yang terlalu dalam? Rasa down..., sedih..., marah..., sakit... Cakap tak semudah melaluinya kan? Apa yang diperlukan sekarang ialah, urus perasaan anda! 

BAGAIMANA?

Puas saya fikir, kenapa orang lain nampak tenang saja. Kenapa sesetengah orang ataupun saya sendiri terasa sesak di dada untuk menghadapi perkara-perkara yang men’stress’kan.  Kata orang yang sama, “tak boleh terima tekanan”. Kadang-kadang saya tertanya sendiri, saya sorang saja ke yang rasa macam tu... Saya cuba interview beberapa orang berkenaan situasi yang sama. Menarik! Tahu tak apa hasilnya? Sebenarnya semua orang pun ada perasaan yang sama. Cuma bezanya, ada orang malas nak fikir panjang-panjang dan membiarkan perkara tu berlalu. Orang lain pulak berfikir tak ada beza pun kalau mereka stress. Mungkin orang lain cuba bersabar. Atau lebih teruk kalau kita fikir “saya tak layak, biarlah saya tak dapat buat apa-apa.” Dan untuk anda yang terasa sangat stress, saya simpulkan macam ni... Ingat ye,, saya simpulkan sendiri. Bagus, kerana anda merasakan sesuatu itu tidak sepatutnya. Dan anda berasa stress. Itu bermakna, setiap perkara tu sangat penting pada anda. Anda juga berfikir setiap situasi itu sepatutnya boleh jadi lebih baik daripada yang berlaku. Jika anda melakukan tindakan positif, anda mungkin mampu mengubah dunia!

Cuma sedikit nasihat buat anda dan juga buat diri saya sendiri, biarkan sikap anda mendatangkan kesan positif terhadap diri sendiri dan juga persekitaran. Jangan biarkan sikap itu memakan diri. Orang di sekeliling akan memandang anda lemah dalam pengurusan emosi. Saya tertarik dengan satu frasa yang disebut oleh seseorang daripada syarikat konsultan yang pernah saya dengar ceramahnya, “emotional intelligence”. Setiap orang perlukan kebijaksanaan emosi dalam menguruskan diri sendiri. Saya mula mencari maklumat berkaitan “emotional intelligence”. 

“Emotional intelligence” ataupun “kebijaksanaan emosi” sangat diperlukan dalam mengurus diri anda berhadapan dengan perkara-perkara yang berlaku setiap hari. Ada empat skil yang dapat memperbaiki kebijaksanaan emosi anda iaitu :

        1. Kesedaran diri (self-awareness)
Kesedaran diri ialah kebolehan anda untuk mengenal emosi anda dengan tepat dan memahami kemungkinan yang akan berlaku terhadap emosi anda berdasarkan situasi yang berbeza. Ini termasuklah reaksi yang mungkin anda tunjukkan terhadap perkara, cabaran ataupun orang tertentu. Orang yang mempunyai kesedaran diri yang tinggi didapati jelas memahami apa yang dilakukan, apa yang mampu memotivasikan diri dan siapa serta situasi yang bagaimana akan dapat menjadi suis dalam diri mereka.
        2. Pengurusan diri (self-management)
Pengurusan diri ialah kebolehan anda untuk menggunakan kesedaran emosi untuk kekal fleksibel dan menentukan sikap yang positif. Anda akan berjaya mengurus diri jika anda tahu apa yang berlaku daripada tindakan anda ataupun yang akan  berlaku jika anda tidak bertindak. Pengurusan diri sebenarnya bergantung kepada kesedaran diri. Tindakan yang betul akan terhasil sendiri bila anda faham dan selesa dengan perasaan anda.
        3. Kesedaran sosial (social awareness)
Kesedaran sosial memerlukan adna untuk meemrhati dan memahami persekitaran. Anda mungkin jenis yang suka bermonolog atau berfikir. Untuk membina kesedaran sosial dalam diri anda, kurangkan berdialog dengan diri sendiri atau memikirkan perkara yang tidak perlu. Berikan sedikit perhatian terhadap apa yang berlaku di sekitar anda. Jika anda berada dalam situasi tersebut, fahami emosi orang-orang yang ada di situ, cuba untuk menunjukkan penyertaan anda dalam interaksi yang berlaku.

                 4.Pengurusan hubungan (relationship management)
Pengurusan hubungan menerangkan kebolehan anda untuk menggunakan emosi anda untuk menguruskan interaksi yang berlaku dengan berjaya. Hasilnya, komunikasi yang baik akan terhasil dan anda akan mampu menangani konflik yang berlaku. Orang yang berjaya mengurus hubungan dalam hidupnya mampu melihat faedah dalam berhubung dan berkomunikasi dengan pelbagai jenis orang yang berbeza.



Panjang sebenarnya untuk diterangkan kat sini. Jika anda berminat, cuba try google info berkenaan. Banyak sebenarnya. Siap dengan strategi untuk membina keempat-empat prinsip dalam emotional intelligence dalam diri. Selamat mencuba ye...Jom urus emosi..! ;-)

No comments:

Post a Comment