Thursday, November 1, 2012

Tips Menghadapi STRESS

Kata seorang kawan, masalah adalah kawan baik kita. Masalah sentiasa datang menjenguk kita. Dan selepas berlalunya masalah, kita akan jadi lebih kuat. InsyaAllah..., jika kita berjaya menghadapinya dengan baik. Biasanya kita berasa stress bila berhadapan dengan masalah. Malahan ada yang memilih untuk menjauhi masalah tersebut. Atau mengambil tindakan yang tidak relevan sama sekali dengan mencederakan diri sendiri dan sebagainya. Mungkin juga ada yang menyendiri di atas katil, menangis memikirkan keadaan diri. 

Anda stress? Sila-sila baca tips di sini dan boleh la cuba mana yang sesuai dengan anda ye... 

1)  Sabar & Solat

Kunci utama yang saya nak ingatkan kat sini senang saja.. Pasti semua orang tahu dan selalu dengar, "SABAR" dan carilah ALLAH... Tanpa kesabaran yang tinggi, anda mungkin mengambil keputusan yang drastik tanpa memikirkan kesan dan akibat daripada tindakan anda. Kesan ini boleh jadi kepada orang lain ataupun terhadap diri anda sendiri..! Jadi, sabar... Banyak entri saya yang sebelum ini berkisarkan soal ujian yang menyakitkan seperti Mencari Keikhlasan, When it is too painful dan Rintihan Seorang Hamba. Allah Memahami setiap daripada kita lebih daripada diri kita sendiri. 


"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu" [AlBaqarah:45]
 
2) Manjakan diri anda


Saat diri dihantui perasaan kurang enak, pasti anda memerlukan kasih sayang. Dalam situasi ini, kita seakan mahu diri disayangi dan dimanjai. Tak perlu tunggu, bangun dan manjakan diri anda sendiri..! Bagaimana? Hargai diri anda sebagaimana anda mahu dihargai.

Mandi - tahukah anda mandi merupakan satu terapi bagi menguruangkan stress? Mandi dengan sempurna.. Biarkan air mengalir dan nikmati rasa dingin atau suam air yang mengalir. Bersihkan diri anda sebersihnya dengan sabun mandian dan syampoo. Lepaskan masalah anda pergi bersama air yang mengalir. Jangan lupa, senyum dan nikmati hidup anda. 

Berhias - Selepas mandian yang mengasyikkan, duduk di depan cermin dan lihat wajah anda yang cantik. Semuanya kurniaan Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih. Ambil sikat rambut dan sikat rambut anda dengan penuh kasih sayang. Sayangi diri anda seperti mana anda mahu rasa disayangi. Jangan biarkan diri anda kusam melayan kesedihan. Sapu losyen supaya kulit anda kelihatan cantik dan wangi.. 

Makan - makan jangan sampai menyeksa perut. Ada orang cuba menghilangkan stress dengan makan semahunya. Tak baik sebenarnya. Anda akan menyeksa perut anda dan mengundang penyakit lain. Makan sekadar keperluan, jangan membiarkan diri anda kelaparan disebabkan tiada selera. Badan anda memerlukan makanan untuk menghasilkan tenaga. 

Rehat - Rehat yang cukup dapat mengurangkan mudah berasa jengkel dengan sesuatu perkara dan seterusnya dapat mengurangkan stress yang dihadapi. Pernahkah anda bangun dari tidur yang nyenyak, bangun dengan penuh tenaga dan anda berasa sangat gembira? Kalau tak pernah, cuba lah..! =)

3) Banyakkan senyum =)

Kajian menunjukkan senyuman menggunakan bilangan otot yang sedikit berbanding muka yang tegang. Dengan membiasakan diri untuk senyum, anda akan kurang berasa letih berbanding memasamkan muka seharian. Jadi, try.. dalam apa jua keadaan, senyum ja... dunia akan tertanya-tanya melihat anda yang sentiasa tersenyum.


4)Cari teman

Bila anda mula rasa kurang seronok, jangan terlalu melayan perasaan. Sebaliknya, cuba untuk banyakkan komunikasi. Tak kisah la anda nak cari kawan yang buat anda rasa selesa dan boleh mendengar, atau mencari sahabat untuk bergurau senda untuk melupakan masalah, atau mencari kawan baru... Asalkan jangan bersendirian. Bila bersendirian, anda akan cenderung untuk berfikiran negatif dan terbawa-bawa dengan perasaan sedih. 

5)Buat sesuatu yang menggembirakan

Setiap orang pasti mempunyai minat sendiri. Anda mungkin mempunyai sesuatu yang sangat anda suka sama ada makanan, minuman, hobi, orang yang anda sayang dan sebagainya. Luangkan masa anda melakukan sesuatu yang anda suka. Misalnya, saya sangat suka susu perisa strawberi. Bila saya rasa penat atau stress saya akan singgah kedai beli susu strawberi. Atau meluangkan masa menulis di blog kesayangan ni.. Cuba menikmati perkara yang anda lakukan. Tarik nafas dalam-dalam. Hayati perkara yang anda lakukan.

No comments:

Post a Comment