Thursday, November 15, 2012

Urus emosi anda : Emotional Intelligence



“stresssss...!”

“Arghhhh...!”

Kadang-kadang lain yang kita rancang, lain pulak jadinya. Bila terjadi macam tu, biasanya kita akan stress. Seseorang pernah berkata, “seorang manager yang baik bukan saja ada plan A, bila plan A gagal, terus kepala jadi serabut. Tapi seorang manager yang baik akan mampu berhadapan dan mengurus setiap situasi apabila berlaku tidak seperti yang dirancang.” Kata-kata ni betul membuatkan aku berfikir tentang diri sendiri. Ada betulnya. Saya akui. 

Kita tak boleh berharap sikap setiap orang sama macam kita. Itu kepelbagaian yang Allah corakkan dalam diri hambaNya. Bayangkan jika dunia ni satu warna saja. Mesti bosan kan? Walaupun daun hijau yang sama warnanya, Allah bentukkan pelbagai bentuk. Apatah lagi sehebat-hebat makhluk ciptaanNya yang mempunyai akal fikiran yang pelbagai. Pasti, setiap orang ada fikiran sendiri. Makanya, sikap pun pelbagai rupa dan warna. Jadi, hargai perbezaan yang ada. Dengan perbezaan itulah kita semua saling melengkapi. Betul tak? 

Persoalannya sekarang, macam mana kalau tak sehaluan? Macam mana kalau sikap dia memang tak boleh diterima? Macam mana kalau apa yang berlaku terasa seperti tak dapat dimaafkan? Ataupun kesan terhadap diri anda yang terlalu dalam? Rasa down..., sedih..., marah..., sakit... Cakap tak semudah melaluinya kan? Apa yang diperlukan sekarang ialah, urus perasaan anda! 

BAGAIMANA?

Puas saya fikir, kenapa orang lain nampak tenang saja. Kenapa sesetengah orang ataupun saya sendiri terasa sesak di dada untuk menghadapi perkara-perkara yang men’stress’kan.  Kata orang yang sama, “tak boleh terima tekanan”. Kadang-kadang saya tertanya sendiri, saya sorang saja ke yang rasa macam tu... Saya cuba interview beberapa orang berkenaan situasi yang sama. Menarik! Tahu tak apa hasilnya? Sebenarnya semua orang pun ada perasaan yang sama. Cuma bezanya, ada orang malas nak fikir panjang-panjang dan membiarkan perkara tu berlalu. Orang lain pulak berfikir tak ada beza pun kalau mereka stress. Mungkin orang lain cuba bersabar. Atau lebih teruk kalau kita fikir “saya tak layak, biarlah saya tak dapat buat apa-apa.” Dan untuk anda yang terasa sangat stress, saya simpulkan macam ni... Ingat ye,, saya simpulkan sendiri. Bagus, kerana anda merasakan sesuatu itu tidak sepatutnya. Dan anda berasa stress. Itu bermakna, setiap perkara tu sangat penting pada anda. Anda juga berfikir setiap situasi itu sepatutnya boleh jadi lebih baik daripada yang berlaku. Jika anda melakukan tindakan positif, anda mungkin mampu mengubah dunia!

Cuma sedikit nasihat buat anda dan juga buat diri saya sendiri, biarkan sikap anda mendatangkan kesan positif terhadap diri sendiri dan juga persekitaran. Jangan biarkan sikap itu memakan diri. Orang di sekeliling akan memandang anda lemah dalam pengurusan emosi. Saya tertarik dengan satu frasa yang disebut oleh seseorang daripada syarikat konsultan yang pernah saya dengar ceramahnya, “emotional intelligence”. Setiap orang perlukan kebijaksanaan emosi dalam menguruskan diri sendiri. Saya mula mencari maklumat berkaitan “emotional intelligence”. 

“Emotional intelligence” ataupun “kebijaksanaan emosi” sangat diperlukan dalam mengurus diri anda berhadapan dengan perkara-perkara yang berlaku setiap hari. Ada empat skil yang dapat memperbaiki kebijaksanaan emosi anda iaitu :

        1. Kesedaran diri (self-awareness)
Kesedaran diri ialah kebolehan anda untuk mengenal emosi anda dengan tepat dan memahami kemungkinan yang akan berlaku terhadap emosi anda berdasarkan situasi yang berbeza. Ini termasuklah reaksi yang mungkin anda tunjukkan terhadap perkara, cabaran ataupun orang tertentu. Orang yang mempunyai kesedaran diri yang tinggi didapati jelas memahami apa yang dilakukan, apa yang mampu memotivasikan diri dan siapa serta situasi yang bagaimana akan dapat menjadi suis dalam diri mereka.
        2. Pengurusan diri (self-management)
Pengurusan diri ialah kebolehan anda untuk menggunakan kesedaran emosi untuk kekal fleksibel dan menentukan sikap yang positif. Anda akan berjaya mengurus diri jika anda tahu apa yang berlaku daripada tindakan anda ataupun yang akan  berlaku jika anda tidak bertindak. Pengurusan diri sebenarnya bergantung kepada kesedaran diri. Tindakan yang betul akan terhasil sendiri bila anda faham dan selesa dengan perasaan anda.
        3. Kesedaran sosial (social awareness)
Kesedaran sosial memerlukan adna untuk meemrhati dan memahami persekitaran. Anda mungkin jenis yang suka bermonolog atau berfikir. Untuk membina kesedaran sosial dalam diri anda, kurangkan berdialog dengan diri sendiri atau memikirkan perkara yang tidak perlu. Berikan sedikit perhatian terhadap apa yang berlaku di sekitar anda. Jika anda berada dalam situasi tersebut, fahami emosi orang-orang yang ada di situ, cuba untuk menunjukkan penyertaan anda dalam interaksi yang berlaku.

                 4.Pengurusan hubungan (relationship management)
Pengurusan hubungan menerangkan kebolehan anda untuk menggunakan emosi anda untuk menguruskan interaksi yang berlaku dengan berjaya. Hasilnya, komunikasi yang baik akan terhasil dan anda akan mampu menangani konflik yang berlaku. Orang yang berjaya mengurus hubungan dalam hidupnya mampu melihat faedah dalam berhubung dan berkomunikasi dengan pelbagai jenis orang yang berbeza.



Panjang sebenarnya untuk diterangkan kat sini. Jika anda berminat, cuba try google info berkenaan. Banyak sebenarnya. Siap dengan strategi untuk membina keempat-empat prinsip dalam emotional intelligence dalam diri. Selamat mencuba ye...Jom urus emosi..! ;-)

Friday, November 2, 2012

Dapat Kek Secret Recipe

 In the name of Allah the Most Gracious the Most Merciful...Salam alaik to all readers.. 

Excited nak share ilmu yang saya dapat hari ni, tapi saya memerlukan masa yang lebih untuk fokus untuk itu. Jadi hari ni saya nak cerita-cerita saja dulu ye...   

Kursus yang mengambil masa seharianku..."Make Yourself Employable", kursus yang sangat berguna untuk bakal mahasiswa sains kesihatan, InsyaAllah... Dan esok akan bersambung lagi satu hari. Saya suka kursus macam ni.. Sedang fokus dan jiwa penuh motivasi daripada kursus ni untuk memperbaiki diri, tiba-tiba seseorang membuatkan saya sakit hati dengan satu tuduhan tak berasas. Huhu...sabar je la.. InsyaAllah, ada masa nanti saya kongsi tips-tips yang saya pelajari daripada kursus ni.

Mengingatkan entri saya yang sebelum ni ada saya tulis berkaitan tips mengurus stress, ditambah pula kursus yang mengajar saya menjadi positif hari ni, saya cuba mencari seseorang untuk melupakan sesuatu yang menjengkelkan dan membuat saya sakit hati. Mencari satu dunia lain dengan seorang kawan baik yang dah lama tak beraktiviti bersama. Berjalan-jalan di pasar malam walaupun pada awalnya rasa malas nak pi. Cumanya saya beritahu diri tak boleh bersendirian dan terlalu melayan perasaan kurang enak tu. 

Alamak, panjang pulak intro saya. Sebenarnya nak cakap, hari ni saya dapat kek secret recipe free... Malu saya bila dia cakap nak belanja saya kek secret recipe. Lepas tu suruh saya pilih nak kek apa.. Huhu... serius malu... (blushing.. *_*) Saya hargainya... saya suka sangat. Terima kasih buat sahabat saya ni... She really make me smile today... Thanx ye...sebab temankan saya jalan-jalan dan belanja saya kek.

Mesti semua pembaca dah banyak kali makan kek kat secret recipe kan..? Mungkin selalu jugak orang belanja sesuatu yang istimewa? Haha... saya tak kisah orang cakap saya pape pun.. Rasa macam nak bagitahu dunia, saya hargai kawan saya hari ni. Dan bagi saya setiap kali seseorang berikan sesuatu, walaupun kecil pada pandangan orang lain, tapi sangat bermakna untuk saya. InsyaAllah... =)


So, ni la rupa kek yang saya dapat hari ni... 


Cumanya, gambar ni dari google ja sebab tak ambil gambar sebenar.. Rupanya sama ja.. 
I like it... 
Kek ni sedap, tapi persahabatan tu lebih bermakna.. 
Alhamdulillah..., Allah is the Greatest God...
Keep smiling... ^________^

Thursday, November 1, 2012

Tips Menghadapi STRESS

Kata seorang kawan, masalah adalah kawan baik kita. Masalah sentiasa datang menjenguk kita. Dan selepas berlalunya masalah, kita akan jadi lebih kuat. InsyaAllah..., jika kita berjaya menghadapinya dengan baik. Biasanya kita berasa stress bila berhadapan dengan masalah. Malahan ada yang memilih untuk menjauhi masalah tersebut. Atau mengambil tindakan yang tidak relevan sama sekali dengan mencederakan diri sendiri dan sebagainya. Mungkin juga ada yang menyendiri di atas katil, menangis memikirkan keadaan diri. 

Anda stress? Sila-sila baca tips di sini dan boleh la cuba mana yang sesuai dengan anda ye... 

1)  Sabar & Solat

Kunci utama yang saya nak ingatkan kat sini senang saja.. Pasti semua orang tahu dan selalu dengar, "SABAR" dan carilah ALLAH... Tanpa kesabaran yang tinggi, anda mungkin mengambil keputusan yang drastik tanpa memikirkan kesan dan akibat daripada tindakan anda. Kesan ini boleh jadi kepada orang lain ataupun terhadap diri anda sendiri..! Jadi, sabar... Banyak entri saya yang sebelum ini berkisarkan soal ujian yang menyakitkan seperti Mencari Keikhlasan, When it is too painful dan Rintihan Seorang Hamba. Allah Memahami setiap daripada kita lebih daripada diri kita sendiri. 


"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu" [AlBaqarah:45]
 
2) Manjakan diri anda


Saat diri dihantui perasaan kurang enak, pasti anda memerlukan kasih sayang. Dalam situasi ini, kita seakan mahu diri disayangi dan dimanjai. Tak perlu tunggu, bangun dan manjakan diri anda sendiri..! Bagaimana? Hargai diri anda sebagaimana anda mahu dihargai.

Mandi - tahukah anda mandi merupakan satu terapi bagi menguruangkan stress? Mandi dengan sempurna.. Biarkan air mengalir dan nikmati rasa dingin atau suam air yang mengalir. Bersihkan diri anda sebersihnya dengan sabun mandian dan syampoo. Lepaskan masalah anda pergi bersama air yang mengalir. Jangan lupa, senyum dan nikmati hidup anda. 

Berhias - Selepas mandian yang mengasyikkan, duduk di depan cermin dan lihat wajah anda yang cantik. Semuanya kurniaan Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih. Ambil sikat rambut dan sikat rambut anda dengan penuh kasih sayang. Sayangi diri anda seperti mana anda mahu rasa disayangi. Jangan biarkan diri anda kusam melayan kesedihan. Sapu losyen supaya kulit anda kelihatan cantik dan wangi.. 

Makan - makan jangan sampai menyeksa perut. Ada orang cuba menghilangkan stress dengan makan semahunya. Tak baik sebenarnya. Anda akan menyeksa perut anda dan mengundang penyakit lain. Makan sekadar keperluan, jangan membiarkan diri anda kelaparan disebabkan tiada selera. Badan anda memerlukan makanan untuk menghasilkan tenaga. 

Rehat - Rehat yang cukup dapat mengurangkan mudah berasa jengkel dengan sesuatu perkara dan seterusnya dapat mengurangkan stress yang dihadapi. Pernahkah anda bangun dari tidur yang nyenyak, bangun dengan penuh tenaga dan anda berasa sangat gembira? Kalau tak pernah, cuba lah..! =)

3) Banyakkan senyum =)

Kajian menunjukkan senyuman menggunakan bilangan otot yang sedikit berbanding muka yang tegang. Dengan membiasakan diri untuk senyum, anda akan kurang berasa letih berbanding memasamkan muka seharian. Jadi, try.. dalam apa jua keadaan, senyum ja... dunia akan tertanya-tanya melihat anda yang sentiasa tersenyum.


4)Cari teman

Bila anda mula rasa kurang seronok, jangan terlalu melayan perasaan. Sebaliknya, cuba untuk banyakkan komunikasi. Tak kisah la anda nak cari kawan yang buat anda rasa selesa dan boleh mendengar, atau mencari sahabat untuk bergurau senda untuk melupakan masalah, atau mencari kawan baru... Asalkan jangan bersendirian. Bila bersendirian, anda akan cenderung untuk berfikiran negatif dan terbawa-bawa dengan perasaan sedih. 

5)Buat sesuatu yang menggembirakan

Setiap orang pasti mempunyai minat sendiri. Anda mungkin mempunyai sesuatu yang sangat anda suka sama ada makanan, minuman, hobi, orang yang anda sayang dan sebagainya. Luangkan masa anda melakukan sesuatu yang anda suka. Misalnya, saya sangat suka susu perisa strawberi. Bila saya rasa penat atau stress saya akan singgah kedai beli susu strawberi. Atau meluangkan masa menulis di blog kesayangan ni.. Cuba menikmati perkara yang anda lakukan. Tarik nafas dalam-dalam. Hayati perkara yang anda lakukan.