Saturday, October 20, 2012

Now I'm a Final Year Student...

Lama jugak x menulis di blog ni.. Ingatkan bila dah habis cuti sem, datang USM balik sempat la menulis banyak-banyak.. Tapi kehidupan sebagai pelajar tahun akhir nursing memang sangat menguji. Nak kata tak dak masa langsung tu memang tipu la kan.. Tapi kepenatan fizikal dan mental yang dihadapi..fuh, seriously tak pernah rasa sebelum ni.

DUNIA KLINIKAL

Kurikulum program Ijazah Kejururawatan USM ni berbeza daripada program diploma. Kami lebih ditekankan teori dan fakta pada tahun satu sampai tahun tiga dan sedikit pendedahan kepada klinikal. Sekarang tahun empat, masa untuk memuntahkan balik segala ilmu dalam bentuk praktikaliti. Tahun ni jugak kena siapkan research. Berbezanya nursing berbanding kos lain, kebanyakan program lain, diorang praktikal masa cuti sem, masuk tahun 4 fokus on research.. Tapi nursing agak berat la bila kena fokus dua-dua.

Di wad, student dapat tugasan dan perlu kerja macam staff nurse. :Macam-macam dugaan di klinikal. Masa ni kita perlu berkomunikasi dengan staff nurse. Ada yang jenis suka mengajar, bagus la..mudah kerja. Tapi ada jugak yang menyakitkan hati.. Hurmm..sabo je la. pernah kawan menangis dan rasa down sebab staff nurse. hurmm... Lepas tu, dengan fesi kat wad. Student akan sentiasa dinilai. Klinikal performance perlu bagus. Ditambah pulak kalau ada fesi yang suka membeza-bezakan student. Saya punya cara senang ja, kalau nak baik ngan mana-mana student tu dia punya pasal la, i'm not going to please them to love me. Tapi bab markah tolong bagi adil... Tapi kalau ada yang tak pentingkan keadilan, takpe..tu antara dia dengan Allah la..buat serabut kepala ja fikir. Dan lagi satu, masa klinikal ni la kita akan kenal kawan-kawan kita. Ada kawan akan bagi sokongan, mengajar dan jadi kawan kita. Tapi ada jugak yang merendahkan kita, berlumba-lumba untuk menaikkan diri sendiri sampai tak sedar menolak kawan ke tepi. Kalau ke tepi takpe lagi, macam mana kalau sampai kawan tu terjatuh? Hurm..nursing kan bekerja dalam team. sepatutnya, rasa pentingkan diri sendiri tu dihapuskan atau dikurangkan sebolehnya.

Selain tu, jururawat kan bekerja dengan pesakit. Pesakit tu manusia, bukan mesin. Bayangkan, dalam keadaan sedih, stress, baru lepas kena marah, ditekan-tekan, kita perlu jugak tunjukkan muka yang manis depan pesakit. Pernah sekali tu saya baru dapat markah penilaian. Terkejut. Sungguh. Terutamanya bila tahu ada orang dapat markah yang sangat tinggi. satu persoalan, masa bila saya dinilai? saya tak rasa pun fesi datang tengok saya buat kerja. Sedih pun ada. Bila berjalan depan pesakit, automatik nak senyum..Bila bibir dipaksa mengukir senyum, tetiba mata terasa panas. Rasa nak menangis ja. Lepas tu saya buat keputusan taknak fikir. Biarkan markah penilaian tu. Biarkan pandangan kawan-kawan atau fesi. Yang penting, layan pesakit dengan baik dan cuba buat kerja saya sebaik mungkin.Hurmm...dugaan kan.. Penilaian manusia tak penting mana pun. Yang penting penilaian Allah. Kadang-kadang bila terfikir, bagus jugak, situasi ni membuatkan saya lebih takut pandangan Allah terhadap diri saya. Mungkin Allah nak saya perbaiki diri.

"Jaga hubungan kamu dengan Allah, Allah akan jaga hubungan kamu dengan manusia"

RESEARCH..my final year project

Dalam kepenatan berhadapan dengan klinikal, kami perlu siapkan reserach proposal, questionnaire dan bersedia untuk pembentangan research proposal. Ni tak masuk lagi kutipan data, analisis dan siapkan tesis. Ramai dah student yang dah stress. Nasib baik supervisor research saya seorang yang memahami dan sangat baik. Dia tak push saya tapi sentiasa bagi peringatan. Alhamdulillah..,, semuanya berlaku dengan izin Allah, doktor ni yang jadi supervisor saya. Semoga segalanya berjalan lancar sampai tesis ni berjaya disiapkan semester depan..

DIRIKU SEBAGAI FINAL YEAR STUDENT

Kura-kura yang comel... ^^

Gembira melihat si kura-kura. Bestnya kalau dapat masuk dalam cengkerang..sembunyikan diri seketika daripada dunia luar. Kadang-kadang rasa nak balik umah. Bila telefon mak, mengadu kat mak..huhu..dapat sikit kata-kata nasihat. Lepas tu, mintak mak doakan..rasa tenang sikit.

Hari ni saya demam... :-(

Fikiran sume bercampur.. Rasa sedih, penat... Hidup saya sekarang hanya untuk study. Rasa malas sangat nak fikir perkara lain. Especially perkara yang buat saya rasa annoying. Maaf saya tak pergi meeting, saya tak join program, or tak reply mesej... Saya rasa kebanyakan orang yang sedang bekerja bersama saya sekarang hanya mementingkan objektif berbanding cara berhubung. Dan saya x boleh terima cara kerja kebanyakan orang. Biarkan semua pandangan orang. Saya hanya nak fokus on klinikal, research dan beberapa perkara lain yang saya boleh tolerate. selebihnya, saya tak kisah pandangan orang. saya mintak maaf..saya perlu bersendirian sekejap...

Masa macam ni rasa nak cari orang-orang yang saya sayang..luangkan masa bersama mereka. Dapatkan kata-kata semangat dan sedikit nasihat. & wanna hear "i love u"...

 One thing i'm telling myself, "I have to be strong". 


No comments:

Post a Comment