Friday, October 26, 2012

Eidul Adha

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha buat semua muslimin muslimat di seluruh dunia....
Raya di perantauan...,, dah biasa dah raya haji tak balik rumah.. Kali ni cuti tiga hari ja, minggu depan mid sem dengan deepavali cuti seminggu... Terpaksa bersabar sekejap,, balik rumah minggu depan saja...

Tengok kat facebook, sume orang mood raya... Hurmm...hari ni saya asyik teringat family..
Sekadar melihat gambar masa raya adidilfitri yang lepas pun cukup...
Hari ni,, serius,, rindu....
Rasa nak bercerita tentang keluarga...


Mak & ayah...
Dulu mak ayah panggil saya "adik"... lepas tu dapat adik. Mak masih panggil adik, ayah kadang-kadang panggil kakcik. Adik pula dipanggil dengan nama "ila". huhu... mak ayah tak berapa sihat dah la ni...depa la yang bersusah payah membesarkan saya. dulu kecik-kecik ada asthma. Mak berulang pi hospital sebab anak dia ni dok kat wad, dalam incubator.. mungkin sebab dari kecik perlukan lebih perhatian, tu yang jadi manja macam sekarang. huhu...


Kakak & adik (Ila)
Ni la adik-beradikku, semua perempuan.. sorang kakak dan sorang adik. Dulu kecik-kecik manja ngan kakak, asal menangis ja panggil kakak..haha... lepas tu dah besar sikit, selalu bergaduh. Dah kawen pun kakak sekarang, dah ada 2 orang anak. Dah tak bergaduh dah, masing-masing da matang. Adik pulak kadang-kadang terlebih matang. Dia selalu mengalah..lepas tu sedih sorang-sorang. haha... Saya selalu berlakon macam saya adik bongsu. Panggil dia kak ila. Dia pun ejek saya dengan panggilan 'adik'. Bila takdak duit, mintak kat ila...tp lepas tu bayar balik..hehe...


Anak-anak saudara yang comel...Tasya & Ayie
Diorang ni bila makngah dia balik,, memang tak boleh berpisah. Manja. Tapi bila dah lama-lama dok umah, da jadi garang sikit..huhu. bila maksu dia balik pulak Tasya cakap "kakak nak maksu pulak, kakak takmaw makngah dah..." Tapi semalam telefon umah, Tasya tanya bila nak balik. Dia kata nak makngah pulak, takmaw maksu dah.. haha...mentang-mentang la maksu dia dah seminggu cuti.

No comments:

Post a Comment