Wednesday, October 31, 2012

Incik Teddy Bear

Sape suke teddy bear sila senyum...! =)

Kenapa tajuk entry kali ni teddy bear? Hari ni orang yang saya sayang suruh saya buat perkara yang saya suka.. Tiba-tiba teringat teddy bear.. Cute kan teddy bear? 


Dulu kecik-kecik arwah wan tak suka kami adik beradik main teddy bear. Dulu rasanya pernah ayah belikan tapi selalu hilang..huhu..sebab arwah wan buang or sembunyikan. Lepas tu ayah da tak beli dah barang-barang yang arwah wan tak suka. Saya suka sangat teddy bear. Tapi dah biasa tak memiliki dari kecik. Kalau keluar dengan mak, mesti terhenti kat kedai teddy bear. Masuk kejap tengok-tengok...lepas tu keluar. Huhu..nak beli mahal, rasa membazir pulak..

Waktu kat asrama, selalu menumpang kasih teddy bear orang... Haha.., 'menumpang kasih'. Bila pegang teddy bear, macam ada perasaan gitu.. Kawan sekolah pernah cakap, risau bagi saya pinjam teddy bear dia.. Risau tengok saya bercakap dengan teddy bear katanya. Tapi rasanya tak salah kan cakap ngan teddy bear... =)



Setiap orang pasti tersenyum melihat teddy bear kan? Setakat ni saya tak pernah tengok lagi sesiapa menangis, marah atau sedih bila terlihat teddy bear. Tapi, jika teddy bear pernah memberi satu kenangan yang buruk dan tak dapat dilupakan, mungkin la.. Ataupun seseorang itu marah dengan si pemberinya.

Kenapa ye biasanya orang suka teddy bear? Saya ada jumpa 'bears quotation'.

"In a world where everyone seems to be larger and louder than yourself, it is very comforting to have a small, quiet companion."-Peter Gray
 "There are few sadder sights than a wet bear hanging from a clothesline by its ears. Its says a lot for them that they never complain." -Pam Brown 

"You really don't have to be young to find a friend in a teddy bear." -Rachel Newman 

Ada macam-macam jenis bear.. Setiap orang ada citarasa sendiri... Ada orang minat ikut warna yang disukai. Ada orang suka warna asli.. ada orang pulak pilih ikut bentuk, suka yang kaki panjang la..(bear tido), suka bear duduk ke... Kalau saya, saya tak kisah asalkan comel.. hehe...comel di mata saya.. ;-) 

Jom jamu mata denga teddy bear yang comel...!













Monday, October 29, 2012

Bersabarlah duhai hati

In the name of Allah the Most Gracious the Most Merciful...Salam alaik to all readers.. 


Liku perjalanan seorang hamba,
 Ibarat dihampar karpet bertatah duri,
Ada kala bahagia menyentuh jiwa,
Tak kurang derita mengundang gerimis,
Namun yakinlah,
Sesudah hujan turun membasahi,
Pasti sang pelangi menghias indah langit hidupmu...

Hidup ini satu kitaran,
Sembuhnya suatu luka bukan bererti sihat selamanya,
Dalam menuju destinasi abadi,
Hidup punya jalan cerita sendiri...    
   
Jiwa itu mungkin terlalu rapuh untuk berdiri,
Mungkin teramat halus untuk disakiti,
Atau sebenarnya lemah untuk bertahan, 
Saat ia terluka yang mengalir bukannya darah pekat merah,
Namun air mata jernih membasahi pipi...

Allah melihat tangisanmu,
Dia  mengerti perasaanmu,
Dia pasti memberi kesembuhan, 
Bersabarlah duhai hati...

Biarlah dunia melihat hanya senyuman,
 Kamu insan yang kuat,
Bangunlah wahai mawar...!
Kesat air matamu, 
Tunjukkan kamu mampu menghunus duri,
Buktikan durimu sebagai pembela,
Bukan untuk menyakiti manusia...





When people hurt you, show them your smile.. It will make them wonder what you have been up..
If live make you feel tired, take a deep breath and smile. Let your smile change the world. But never let the world change your smile.. 

So....smile... 

Friday, October 26, 2012

Eidul Adha

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha buat semua muslimin muslimat di seluruh dunia....
Raya di perantauan...,, dah biasa dah raya haji tak balik rumah.. Kali ni cuti tiga hari ja, minggu depan mid sem dengan deepavali cuti seminggu... Terpaksa bersabar sekejap,, balik rumah minggu depan saja...

Tengok kat facebook, sume orang mood raya... Hurmm...hari ni saya asyik teringat family..
Sekadar melihat gambar masa raya adidilfitri yang lepas pun cukup...
Hari ni,, serius,, rindu....
Rasa nak bercerita tentang keluarga...


Mak & ayah...
Dulu mak ayah panggil saya "adik"... lepas tu dapat adik. Mak masih panggil adik, ayah kadang-kadang panggil kakcik. Adik pula dipanggil dengan nama "ila". huhu... mak ayah tak berapa sihat dah la ni...depa la yang bersusah payah membesarkan saya. dulu kecik-kecik ada asthma. Mak berulang pi hospital sebab anak dia ni dok kat wad, dalam incubator.. mungkin sebab dari kecik perlukan lebih perhatian, tu yang jadi manja macam sekarang. huhu...


Kakak & adik (Ila)
Ni la adik-beradikku, semua perempuan.. sorang kakak dan sorang adik. Dulu kecik-kecik manja ngan kakak, asal menangis ja panggil kakak..haha... lepas tu dah besar sikit, selalu bergaduh. Dah kawen pun kakak sekarang, dah ada 2 orang anak. Dah tak bergaduh dah, masing-masing da matang. Adik pulak kadang-kadang terlebih matang. Dia selalu mengalah..lepas tu sedih sorang-sorang. haha... Saya selalu berlakon macam saya adik bongsu. Panggil dia kak ila. Dia pun ejek saya dengan panggilan 'adik'. Bila takdak duit, mintak kat ila...tp lepas tu bayar balik..hehe...


Anak-anak saudara yang comel...Tasya & Ayie
Diorang ni bila makngah dia balik,, memang tak boleh berpisah. Manja. Tapi bila dah lama-lama dok umah, da jadi garang sikit..huhu. bila maksu dia balik pulak Tasya cakap "kakak nak maksu pulak, kakak takmaw makngah dah..." Tapi semalam telefon umah, Tasya tanya bila nak balik. Dia kata nak makngah pulak, takmaw maksu dah.. haha...mentang-mentang la maksu dia dah seminggu cuti.

Saturday, October 20, 2012

Now I'm a Final Year Student...

Lama jugak x menulis di blog ni.. Ingatkan bila dah habis cuti sem, datang USM balik sempat la menulis banyak-banyak.. Tapi kehidupan sebagai pelajar tahun akhir nursing memang sangat menguji. Nak kata tak dak masa langsung tu memang tipu la kan.. Tapi kepenatan fizikal dan mental yang dihadapi..fuh, seriously tak pernah rasa sebelum ni.

DUNIA KLINIKAL

Kurikulum program Ijazah Kejururawatan USM ni berbeza daripada program diploma. Kami lebih ditekankan teori dan fakta pada tahun satu sampai tahun tiga dan sedikit pendedahan kepada klinikal. Sekarang tahun empat, masa untuk memuntahkan balik segala ilmu dalam bentuk praktikaliti. Tahun ni jugak kena siapkan research. Berbezanya nursing berbanding kos lain, kebanyakan program lain, diorang praktikal masa cuti sem, masuk tahun 4 fokus on research.. Tapi nursing agak berat la bila kena fokus dua-dua.

Di wad, student dapat tugasan dan perlu kerja macam staff nurse. :Macam-macam dugaan di klinikal. Masa ni kita perlu berkomunikasi dengan staff nurse. Ada yang jenis suka mengajar, bagus la..mudah kerja. Tapi ada jugak yang menyakitkan hati.. Hurmm..sabo je la. pernah kawan menangis dan rasa down sebab staff nurse. hurmm... Lepas tu, dengan fesi kat wad. Student akan sentiasa dinilai. Klinikal performance perlu bagus. Ditambah pulak kalau ada fesi yang suka membeza-bezakan student. Saya punya cara senang ja, kalau nak baik ngan mana-mana student tu dia punya pasal la, i'm not going to please them to love me. Tapi bab markah tolong bagi adil... Tapi kalau ada yang tak pentingkan keadilan, takpe..tu antara dia dengan Allah la..buat serabut kepala ja fikir. Dan lagi satu, masa klinikal ni la kita akan kenal kawan-kawan kita. Ada kawan akan bagi sokongan, mengajar dan jadi kawan kita. Tapi ada jugak yang merendahkan kita, berlumba-lumba untuk menaikkan diri sendiri sampai tak sedar menolak kawan ke tepi. Kalau ke tepi takpe lagi, macam mana kalau sampai kawan tu terjatuh? Hurm..nursing kan bekerja dalam team. sepatutnya, rasa pentingkan diri sendiri tu dihapuskan atau dikurangkan sebolehnya.

Selain tu, jururawat kan bekerja dengan pesakit. Pesakit tu manusia, bukan mesin. Bayangkan, dalam keadaan sedih, stress, baru lepas kena marah, ditekan-tekan, kita perlu jugak tunjukkan muka yang manis depan pesakit. Pernah sekali tu saya baru dapat markah penilaian. Terkejut. Sungguh. Terutamanya bila tahu ada orang dapat markah yang sangat tinggi. satu persoalan, masa bila saya dinilai? saya tak rasa pun fesi datang tengok saya buat kerja. Sedih pun ada. Bila berjalan depan pesakit, automatik nak senyum..Bila bibir dipaksa mengukir senyum, tetiba mata terasa panas. Rasa nak menangis ja. Lepas tu saya buat keputusan taknak fikir. Biarkan markah penilaian tu. Biarkan pandangan kawan-kawan atau fesi. Yang penting, layan pesakit dengan baik dan cuba buat kerja saya sebaik mungkin.Hurmm...dugaan kan.. Penilaian manusia tak penting mana pun. Yang penting penilaian Allah. Kadang-kadang bila terfikir, bagus jugak, situasi ni membuatkan saya lebih takut pandangan Allah terhadap diri saya. Mungkin Allah nak saya perbaiki diri.

"Jaga hubungan kamu dengan Allah, Allah akan jaga hubungan kamu dengan manusia"

RESEARCH..my final year project

Dalam kepenatan berhadapan dengan klinikal, kami perlu siapkan reserach proposal, questionnaire dan bersedia untuk pembentangan research proposal. Ni tak masuk lagi kutipan data, analisis dan siapkan tesis. Ramai dah student yang dah stress. Nasib baik supervisor research saya seorang yang memahami dan sangat baik. Dia tak push saya tapi sentiasa bagi peringatan. Alhamdulillah..,, semuanya berlaku dengan izin Allah, doktor ni yang jadi supervisor saya. Semoga segalanya berjalan lancar sampai tesis ni berjaya disiapkan semester depan..

DIRIKU SEBAGAI FINAL YEAR STUDENT

Kura-kura yang comel... ^^

Gembira melihat si kura-kura. Bestnya kalau dapat masuk dalam cengkerang..sembunyikan diri seketika daripada dunia luar. Kadang-kadang rasa nak balik umah. Bila telefon mak, mengadu kat mak..huhu..dapat sikit kata-kata nasihat. Lepas tu, mintak mak doakan..rasa tenang sikit.

Hari ni saya demam... :-(

Fikiran sume bercampur.. Rasa sedih, penat... Hidup saya sekarang hanya untuk study. Rasa malas sangat nak fikir perkara lain. Especially perkara yang buat saya rasa annoying. Maaf saya tak pergi meeting, saya tak join program, or tak reply mesej... Saya rasa kebanyakan orang yang sedang bekerja bersama saya sekarang hanya mementingkan objektif berbanding cara berhubung. Dan saya x boleh terima cara kerja kebanyakan orang. Biarkan semua pandangan orang. Saya hanya nak fokus on klinikal, research dan beberapa perkara lain yang saya boleh tolerate. selebihnya, saya tak kisah pandangan orang. saya mintak maaf..saya perlu bersendirian sekejap...

Masa macam ni rasa nak cari orang-orang yang saya sayang..luangkan masa bersama mereka. Dapatkan kata-kata semangat dan sedikit nasihat. & wanna hear "i love u"...

 One thing i'm telling myself, "I have to be strong".