Monday, July 23, 2012

JERUSALEM DI DALAM AL-QURAN


Bismillahirrahmanirrahim...
Lama juga saya tak update blog ni. Maaf ye blog tersayangku, lama meninggalkanmu... Maaf juga kepada para pembaca yang ternanti-nanti post terbaru saya (walaupun tak ramai yang mengikuti blog ni sebenarnya..entah ada entah kan takde...huhu..  ^_^).  Maklumlah cuti semester, kemudahan capaian internet tak ada di rumah. Ok la.., kita teruskan dengan tajuk kita ye.. Sebenarnya saya nak cadangkan kepada semua peminat buku-buku Islamik, sahabat-sahabat yang rajin membaca semuanya, dan juga kepada mereka yang ingin menambahkan ilmu untuk membaca buku ni. 

JERUSALEM DI DALAM AL-QURAN



Jom kenal penulis sikit..! Buku Jerusalem Di Dalam Al-Quran merupakan suatu penulisan yang sangat ilmiah oleh Imran N. Hosein.  Penulis merupakan seorang pembawa misi Islam ke seluruh Dunia. Beliau telah mempelajari Islam di Aleemiyah Institute of Islamic Studies, Pakistan di bawah bimbingan Maulana Dr. Fazlur Rahman Ansari. Maulana Ansari merupakan seorang cendekiawan Islam, guru dan pembimbing rohani. Buku “Jerusalem Di Dalam Al-Quran” ini diterbitkan di bawah Siri Memori Ansari sebagai penghormatan kepada Maulana Ansari. Beliau juga telah mempelajari falsafah di Karachi University dan University of West Indies dan di Graduate Institute of International Studies, Geneva sejak tahun 1991. Beliau telah menjalankan misi Islam di Amerika Syarikat sebagai Pengarah Pengajian Islam bagi Joint Commitee of Muslim Organization of Greater New York. Malah, banyak lagi penglibatan dan sumbangan beliau yang mengkagumkan. 

Nak tahu apa yang menariknya dengan buku ni? Buku ini telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa yang digunakan oleh umat Islam seperti  Bahasa Arab, Bosnia, Urdu, Bahasa Malaysia, dan Bahasa Indonesia bagi membolehkan umat Islam di seluruh pelusuk dunia mendapat manfaat daripadanya. Hebat kan? Nampaknya buku ni memang terkenal di hampir semua negara yang di dalamnya terdapat umat Islam. Penulis berjaya menggabungkan fakta-fakta sejarah, agama dan kejadian-kejadian politik semasa berserta dengan interpretasi mendalam daripada Al-Quran dan Al-Hadis.

Buku ni sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat yang ingin memantapkan kefahaman berkenaan sejarah dan halatuju Jerusalem.  Selepas membaca buku ini, pembaca akan dapat merasai peri pentingnya Jerusalem ataupun nama dalam Bahasa Arabnya Bait Al-Maqdis. Di sinilah terletaknya Masjid Al-Aqsa yang menjadi kiblat pertama umat Islam suatu masa dahulu. Ini menunjukkan bahawa Jerusalem merupakan Tanah Suci yang sangat bermakna kepada umat Islam. Maka, pembelaan terhadap Tanah Suci Jerusalem patut menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam. 

Orang Yahudi mengatakan bahawa Jerusalem lebih bermakna kepada kaum Yahudi berbanding umat Islam. Sudah lebih separuh abad golongan zionis menindas dan menghapuskan etnik penduduk Palestin kerana tinggal di sebuah negara yang pada anggapan mereka (Yahudi) merupakan Tanah Suci yang telah dijanjikan oleh Allah S.W.T. kepada mereka. Mereka malah menggunakan Injil dan Taurat sebagai hujah. Perdana Menteri pertama Israel, David Ben Gurion pernah berkata “Kitab Injil adalah dokumen hak milik kami ke atas tanas Israel.” Makanya, mereka mahu menegakkan sebuah negara Israel yang menjangkau dari Sungai Nil ke Sungai Euphrates dengan Jerusalem sebagai ibu negaranya. Namun, di dalam kitab-kitab terdahulu malahan di dalam Al-Quran, Allah S.W.T. Mejelaskan bahawa Jerusalem dipusakai kepada hamba-hambaNya yang Soleh [Al-Anbiya:, 21 : 105]. Di sini jelas bahawa Jerusalem diwarisi kepada Bani Israel dengan syarat mereka harus beriman dan bertaqwa kepada Allah, iaitu mengikuti agama Nabi Ibrahim a.s. Orang Yahudi telah mengabaikan syarat-syarat ini tetapi dengan degilnya tetap mengakui hak milik mereka ke atas Tanah Suci. Kitab Taurat telah ditulis semula dan syarat-syarat ini telah dikeluarkan. Sikap Yahudi yang menafikan penulisan asal yang terdapat di dalam kitab mereka telah terbukti di hadapan Rasulullah S.A.W. 

Pernah berlaku kejadian zina dan orang Yahudi membawa pelakunya menghadap Rasulullah S.A.W. dengan niat untuk menguji Baginda. Orang Yahudi tersebut bertanyakan hukuman yang akan Rasulullah ambil ke atas dua orang tersebut. Rasulullah bertanyakan hukuman  yang biasanya dilakukan oleh kaum Yahudi untuk kesalahan tersebut. Golongan Yahudi menjawab bahawa penzina tersebut akan dimalukan dan dipukul di khalayak ramai. Baginda bertanya lagi sama ada hukuman ini seperti yang terdapat di dalam kitab mereka. Baginda menyuruh golongan Yahudi tersebut membacakan kitab mereka di hadapan Baginda (kerana Baginda tidak boleh membaca). Ketika kitab Taurat tersebut dibaca, Rabbi mereka yang bernama Abdullah Bin Salaam, yang telah memluk Islam berdiri di sebelah Baginda. Apabila tiba di ayat berkenaan rejam, pembaca tersebut menutup ayat tersebut dengan jarinya. Abdullah Bin Salaam menghentikan bacaan Yahudi tersebut dan beliau sendiri yang membacakan ayat berkenaan hukuman rejam kepada penzina. Baginda seterusnya menjatuhkan hukuman rejam ke atas penzina tersebut.  

Di sini nyata bahawa Rasulullah S.A.W. telah menjalankan undang-undang yang terdapat di dalam kitab Yahudi yang mana orang-orang Yahudi sendiri menafikannya. Jelas bahawa Rasulullah S.A.W. mengiktiraf kitab-kitab yang telah diturunkan kepada nabi-nabi terdahulu. Pembaca akan mendapat gambaran jelas perkara sebenar yang berlaku dalam sejarah dan mengetahui halatuju Jerusalem yang telah dijanjikan oleh Allah S.W.t. sehingga hari Kiamat. 

Sekian promosi daripada saya. Selebihnya sila baca sendiri ye... Masa yang diperuntukan adalah berbaloi dan ilmu yang akan diperoleh sangat bermanfaat. InsyaAllah... Penulis juga menggalakkan pembaca membaca buku hasil penulisannya yang bertajuk “The Religion of Abraham and The State of Israel – A View From The Quran”.  Buku “Jerusalem Di Dalam Al-Quran” merupakan kesinambungan daripada penulisannya di dalam buku “The Religion of Abraham and The State of Israel – A View From The Quran”.



p/s : Terima kasih kepada pemilik buku yang meminjamkan buku ini untuk saya kaji sepanjang cuti semester ini.

No comments:

Post a Comment