Friday, May 18, 2012

Software Manusia

"Allah mengilhamkan jiwa kefasikan dan ketaqwaan, beruntung bagi yang mensucikannya, merugi bagi yang mengotorinya"

Bila diri kita melakukan dosa, Allah akan membiarkan hati kita terdetik untuk berfikir sama ada yang kita buat tu baik atau buruk, akan membawa kita ke syurga atau ke neraka. Pada mulanya, hati akan bergetar, fikiran cuba berfikir mengikut ilmu yang kita ada. Minda kita tahu ada yang tidak kena. Kita cuba mendapatkan nasihat sahabat, mencari ilmu pengetahuan untuk menjaga diri dari dosa. Kini, ilmu sudah ada, insyaAllah..., xbanyak, sikit kita tahu membezakan baik dan buruk, dosa dan pahala, syurga dan neraka, bahagia sementara atau bahagia abadi. Hati oh hati, apa mahumu sekarang? mengikut ilmu atau mengkianati ilmu? ingin sekali dekat padaNya kerana lumrah hati menuju kepada Sang Pencipta. Namun nafsu kian meliar. Jiwa yang inginkan kasih dan perhatian membiarkan musuh menguasai sang raja. logik akal dan ilmu yang ada dikuburkan demi mencari bahagia sementara.

Pengisian Ustaz Ubaidillah :
software manusia ada 3
1) minda : tahu baik dan buruk
2) hati : mahu atau tidak untuk melakukan kebaikan, meninggalkan maksiat dan kemungkaran
3) nafsu : menentukan mampu atau tidak kita mengikut kata hati yang dipandu ilmu pengetahuan.

Sabda Baginda Rasulullah SAW :
"Iman itu apa yang tetap di hati kamu & dibuktikan dengan amal"

moga kita sentiasa berjaya menjaga diri daripada perkara-perkara maksiat,
menjaga solat 5 waktu,
Astaghfurillahal 'azim....
Ya Allah!
Sedarkan kami yang makin terleka,
kuatkan iman dan ketaqwaan kami,
bantulah kami menjaga agamaMu daripada fitnah,
kerana kami INGIN MENJADI DUTA ISLAM
Pemimpin yang berjaya memimpin diri kami sendiri.
Amin....

No comments:

Post a Comment