Friday, May 25, 2012

Hak Seorang Muslim

Bismillahirrahmanirrahim...

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud :

"Hak seorang muslim terhadap muslim yang lain ada enam. Jika bertemu maka berilah salam, jika tidak kelihatan maka cari tahulah, jika sakit maka jenguklah, jika mengundang maka penuhilah, jika bersin dan mengucapkan hamdalah maka jawablah (dengan mengucapkan yarhamukallah), dan jika meninggal dunia maka hantarkanlah (ke permakaman). [HR Muslim]





            Memberi salam                                  Tanya khabar            
            
                             
  Melawat saudara yang sakit                     Penuhi Undangan 


               A : Alhamdulillah                       Hantar ke permakaman
               B : Yarhamukallah....

Kehadiran Yang Dirasai

Tertarik dengan frasa "kehadiran yang dirasai". Tajuk ni saya tulis khas untuk seorang adik yang saya rasai kehadirannya dalam hidup saya di USMKK.. Terima kasih kerana trigger akak untuk mengkaji berkenaan ini. ^__^

Apa itu kehadiran yang dirasai???

Kehadiran yang dirasai ini memang berkait rapat dengan persoalan psikologi yang sering timbul dalam diri kita apabila berhubungan dengan masyarakat. Psikologi kemanusiaan menekankan aspek personaliti individu tersebut yang banyak dipengaruhi oleh faktor persekitaran. 

Pada saya,, kehadiran seseorang boleh dinilai seperti berikut :
1) ada, ada xda xpe...
2) ada boleh bermanfaat, xda xpe..
3) ada bermakna, xda dicari
4) ada menjengkelkan, xda senang citer..

Kesunyian,, apa hubungkaitnya dengan kehadiran yang dirasai?

Ahli psikologi, R.S. Weiss (1973) mengkelaskan kesepian atau kesunyian sebagai satu tindak balas terhadap ketidakhadiran atau kehilangan sesuatu hubungan atau pertalian. Mengikut Weiss, terdapat dua jenis kesepian iaitu :
  1. Emosi - terjadi apabila seseorang kehilangan seseorang yang dikasihi
  2. Hubungan sosial - terjadi apabila timbul pengasingan yang dirasakan wujud hasil dari tiada talian sosial.

Menurut K.S Rook (1984), kesunyian ialah satu keadaan emosi yang menyukarkan dan terpaksa dilalui apabila seseorang merasa terpisah atau disalahertikan dengan perasaan tidak diterima oleh anggota masyarakat sekeliling.  

Keadaan emosi yang sukar ini sering berlaku dalam dua situasi seperti yang dinyatakan oleh Weiss. Adalah normal bagi seseorang untuk menghadapi kesunyian apabila kehilangan orang yang sangat rapat atau sangat disayanginya. Situasi ini perlu juga diberi perhatian. Namun, saya ingin memfokuskan perbincangan kepada masalah dalam hubungan sosial yang menyebabkan berlakunya situasi yang sukar untuk dihadapi. 

Biasanya, apabila kita merasakan bahawa kehadiran kita tidak dirasai,, ada beberapa masalah yang mungkin menjadi puncanya.. dan bila sesuatu tu dikatakan masalah,, ada penyelesaiannya.. Beberapa perkara penting yang mungkin menjadi faktor yang mengganggu fikiran kita ialah : 

  1. Kita terlalu rendah diri - bila kita rasa rendah diri, selalu compare diri kita dgn orang lain,, kita rasa down. kita rasa x sehebat orang lain.. kesannya, kita takut nak bersuara, kita takut nak sampaikan idea kita. malah kadang2 kita rasakan kita langsung xtahu nak buat apa2,, kalo dalam meeting kita rasa langsung xda idea.. secara psikologinya,, masalah ni hanya di dalam fikiran kita..yang menghalang kita berfikir seperti biasa. jadi,, penyelesaiannya.. berhenti pandang rendah pd diri sendiri, berhenti memandang tinggi pada orang lain. yes,, kita perlu respect org lain,, tapi..satu2nya yang perlu kita takut ialah Yang Maha Sempurna,, Allah SWT.. orang lain pun x sempurna..
  2. Peranan orang sekeliling - adab menjadi sahabat yang baik - memuji dan menyampaikan pujian. kadang2 kita terlalu rendah diri. kita rasa langsung x berguna dalam sesuatu komuniti. pentingnya kat situ,, untuk seorang sahabat berperanan sebagai sahabat. kreatif dalam membawa sahabatnya memainkan peranan dalam masyarakat. Puji sahabat kita agar dia tahu kebaikan/kelebihan yang ada dalam diri dia. sampaikan pujian orang lain, supaya dia tahu pandangan positif orang lain terhadap diri dia. Tapi,, andai kita xda sahabat yg macam ni,, jangan pulak kita bersedih.. cuba jadi sahabat yang macam tu. dan yakinlah Allah sentiasa ada dengan kita,, letakkan pergantungan sepenuhnya kpd Allah,, kita mampu berperanan sebegitu walaupun tanpa sokongan orang lain.
  3. Jangan tunggu peluang,, tetapi ciptalah peluang - jadi orang yang bermanfaat untuk orang lain.. yang ni kita boleh pilih.. setiap orang di sekeliling memerlukan orang sebagaimana kita meemrlukan orang lain. sebab tu kita tak boleh hidup sendirian. ni terbukti sejak kita lahir sampailah kita mati.. orang yg menyambut kelahiran kita, dan orang lain jugak yg akan hantar kita ke tanah perkuburan nanti. so,, untuk bermanfaat terhadap orang lain,, selagi mana perkara tu tidak mendatangkan bahaya/ mudarat kpd kita..tolong la mereka yg memerlukan. misalnya dalam program..,, x perlu fikir jawatan setinggi HICOM,, aperlu jadi AJK..tp boleh menyumbang jika ada kemahuan.

Jadi, macam mana nak menghasilkan kehadiran yang dirasai???

Kita tak perlu jadi sehebat Ust.Azhar Idrus utk disukai,, cuba baca kisah Ummu Umarah (Nusayba Binti Ka'ab). Ummu umarah ni sahabiah pada zaman Rasulullah SAW. beliau melibatkan diri dalam peperangan Uhud sebagai pemberi air minuman kepada tentera Islam. Mungkin pada zaman kita sekarang, kita melihat tugas memberi air hanya tugas kecil yang dipandang rendah oleh orang lain.. Tapi,, apa yang berlaku selepas tentera Islam mundur meninggalkan Rasulullah yang terancam nyawanya,, Nusayba mengangkat senjata melindungi Rasulullah. cuba tengok macam mana Nusayba mencipta peluang untuk bermanfaat kepada orang lain, dan orang itu Rasulullah SAW. Sampai sekarang kehadiran beliau dalam perang Uhud dirasai oleh kita yang membaca sejarah ni.. 

Kehadiran dan keberfungsian kita akan dirasai oleh org yg evaluate diri kita.. org yg evaluate diri kita tu ramai,, diri kita sendiri..orang-orang yang berurusan dengan kita malah orang-orang yang sedang observe kita... biasanya orang yang dirasai kehadirannya akan dicari untuk urusan tertentu.

contohnya,,
  1. Bila berbincang soal akademik,, ada sahabat kita yang sangat bijak terangkan dengan sangat jelas.. lain kali bila kita nak refer untuk akademik,, mesti kita cari dia kan? Malah,, orang yg observe situasi tu jugak akan respect kpd orang yg mengajar ni..dan mungkin dia jugak akan cari sahabat kita ni bila perlukan orang utk rujuk soal akademik.
  2. Bila kita sedih..ada yang mendengar n bagi nasihat. bila kita dalam situasi macam tu,, mesti kita ingat kat dia walaupun sudah bertahun x jumpa.. orang lain jugak yang tahu kebaikan sahabt kita ni,, mungkin refer dia saat perlukan pertolongan..
  3. Bila kita pegang satu posisi / jawatan,, kita buat tugas kita dengan baik dan membuatkan orang kagum dengan kita.. (astaghfirullah..bukan kita nak impress sesapa sebenarnya). cumanya,, nak cakap,, tugas kita kita buat dengan sempurna..pasti orang-orang yang berada di atas dan di bawah posisi tersebut merasai kehadiran kita. then,, bila ada tugas lain,, biasanya orang akan cari kerana sikapnya yang bertanggungjawab.

Jom bermanfaat kepada orang lain...!



Tuesday, May 22, 2012

Kenali Diri Melalui Kaedah Metafizik (Tarikh Lahir)

Macam-macam yang diajar masa sesi micro teaching kami.. Ni antara yang menarik minatku..,, belajar mengenali diri melalui kaedah metafizik. Tapi,, si pembentang tajuk ni dah pesan, jangan percaya bulat-bulat. mungkin ada yang betul, dan ada jugak yang tak betul berdasarkan sikap kita. sebab kaedah ni tak semestinya tepat untuk setiap individu. Jadi inilah hasilnya untuk kiraan tarikh lahir 5 Februari 1990. 

Kod : 8

Kekuatan
Seorang yang aktif di kalangan rakan-rakannya, menjadikannya seorang yang terkenal. Sangat pendiam, konservatif dan pasif. Bertanggungjawab dan sangat bermoral. Seorang yang boleh dipercayai. Biasanya adalah penyelesai masalah. Tidak akan mempermainkan orang lain.

Kelemahan
Kadang-kadang kabur dalam apa yang dilakukannya. Individu ini perlu pintar. Dari segi luaran nampak kuat tetapi sebenarnya seorang yang berhati lembut. Sangat berhati-hati dan percaya kepada perspektif diri yang kuat dan ini akan menyebabkan hilang sesuatu peluang. Juga, anda sentiasa tercari-cari dan sibuk emlihat-lihat sesuatu, anda kadang-kadang tidak tahu apa yang anda cari sebenarnya. Jadi, berhati-hatilah untuk tidak membuang masa melayan perkara-perkara yang tidak bermanfaat atau tidak berfaedah. 

Perkara yang harus diperbaiki
  1. Belajar membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.
  2. Jangan buang masa melayan perkara-perkara yang tidak berfaedah
 
Huhu...betul ke??? hurmm..mungkin lain kali saya boleh share penerangan untuk kod lain serta cara pengiraan sekali... kalau sempat la... ^________^

Sunday, May 20, 2012

Menjaga Ikhtilat

Tajuk ni selalu menjadikan kita keliru..

Biasanya kita marah bila sahabat kita mementingkan kawan berlainan jantina... Itu memang fitrah, cas negatif akan tertarik kepada cas positif. Hanya ilmu, kefahaman, kemahuan dan pengamalan yang akan mampu mengawalnya.

 Tapi.... ,,aku tak...

"aku layan semua sama... dengan sahabat-sahabat perempuan pun aku macam tu. there is nothing special between me and him."

Mungkin ini hanya alasan untuk membolehkan kita berhubungan dengan orang yang bukan mahram... analisa diri, koreksi diri. Ya, menjaga ikhtilat tak semudah yang disangka. kita lupa, lelaki dan perempuan tu berbeza. pergaulan antara lelaki dan perempuan perlu dijaga. Layanan yang sama terhadap lelaki dan perempuan bukan alasan untuk komunikasi tanpa urusan. Kata Ustazah Fatimah Syarha,

Urusan adalah sesuatu yang apabila kita bentangkan depan Allah SWT, kita yakin kita mampu jawab dan berhujah depan Allah bahawa ia adalah urusan, maka itulah yang dinamakan urusan. Jika hati masih berasa was-was samada ia suatu urusan atau tidak, maka berawaslah.

Menjadi kewajipan bagi seseorang muslimin-muslimat yang beriman kepada Allah dan Rasul untuk menjauhi ikhtilat yang haram antara lelaki dan perempuan, iaitu ikhtilat yang tidak syari'e. Apabila telah cukup ilmu dan fahamnya dan terlibatnya di dalam dakwah, muslimin dan muslimat yang beriman mesti memastikan dirinya jauh dari ikhtilat (percampuran lelaki-perempuan) yang bukan mahramnya.

Wahai diri,
Bertegaslah dengan muslimin... 
Jadilah wanita bermaruah, 
Yang punya rasa malu,
Jangan jadi wanita akhir zaman, 
Yang melemahkan iman kaum muslimin. 

Duhai hati..
Apa mahumu sebenarnya?
Penghargaan si dia atau cinta Yang Maha Agung?
Astaghfirullahal'azim...

Saturday, May 19, 2012

I Wanna Be A Princess

Who wanna be a princess???



Lets learn from this song...


Aduhai puteriku sayang
Aduhai puteriku sayang
Puteriku sayang...

Lembutmu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan
Bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajahmu
Disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malumu mahkota yang tak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Kecergasanmu umpama benteng negara dan agama
Dan dirobohkan dan jua dibinasakannya
Wahai puteriku sayang
Kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

Aduhai puteriku sayang
Kau bunga kebanggaan
Aduhai puteriku sayang
Kau bunga idaman...

Mencari Hati


  





Friday, May 18, 2012

Software Manusia

"Allah mengilhamkan jiwa kefasikan dan ketaqwaan, beruntung bagi yang mensucikannya, merugi bagi yang mengotorinya"

Bila diri kita melakukan dosa, Allah akan membiarkan hati kita terdetik untuk berfikir sama ada yang kita buat tu baik atau buruk, akan membawa kita ke syurga atau ke neraka. Pada mulanya, hati akan bergetar, fikiran cuba berfikir mengikut ilmu yang kita ada. Minda kita tahu ada yang tidak kena. Kita cuba mendapatkan nasihat sahabat, mencari ilmu pengetahuan untuk menjaga diri dari dosa. Kini, ilmu sudah ada, insyaAllah..., xbanyak, sikit kita tahu membezakan baik dan buruk, dosa dan pahala, syurga dan neraka, bahagia sementara atau bahagia abadi. Hati oh hati, apa mahumu sekarang? mengikut ilmu atau mengkianati ilmu? ingin sekali dekat padaNya kerana lumrah hati menuju kepada Sang Pencipta. Namun nafsu kian meliar. Jiwa yang inginkan kasih dan perhatian membiarkan musuh menguasai sang raja. logik akal dan ilmu yang ada dikuburkan demi mencari bahagia sementara.

Pengisian Ustaz Ubaidillah :
software manusia ada 3
1) minda : tahu baik dan buruk
2) hati : mahu atau tidak untuk melakukan kebaikan, meninggalkan maksiat dan kemungkaran
3) nafsu : menentukan mampu atau tidak kita mengikut kata hati yang dipandu ilmu pengetahuan.

Sabda Baginda Rasulullah SAW :
"Iman itu apa yang tetap di hati kamu & dibuktikan dengan amal"

moga kita sentiasa berjaya menjaga diri daripada perkara-perkara maksiat,
menjaga solat 5 waktu,
Astaghfurillahal 'azim....
Ya Allah!
Sedarkan kami yang makin terleka,
kuatkan iman dan ketaqwaan kami,
bantulah kami menjaga agamaMu daripada fitnah,
kerana kami INGIN MENJADI DUTA ISLAM
Pemimpin yang berjaya memimpin diri kami sendiri.
Amin....

Hari Yang Paling Indah


Hari paling indah dan mengesankan ialah :

  • Ketika kita dapat menguasai diri dan keluar dari keraguan sama ada kita boleh ataupun tidak. Hari itu memang benar-benar sangat indah dan mengesankan
  • Ketika kita ragu antara amalan yang mendapat pujian orang dan amalan yang langsung tidak mendapat sebarang pujian, bahkan tidak diketahui orang lain. Lalu, kita melupakan pujian itu dan memilih amalan yang tidah diketahui orang lain.
  • Ketika kita mempunyai banya wang, sedang hati tidak merasa kedamaian, kemudian kita memilih untuk tidak mempunyai apa-apa daripada hati yang resah berterusan.
  • Hari yang paling indah dan mengesankan ialah ketika kita menerima sesuatu yang sedikit tanpa menyedari apa yang telah kita lakukan. Jika yang kita terima banyak, syukur dan puji kepada Allah

"Jangan bersedih kerana kerja yang belum dapat anda sempurnakan, ketahuilah kerja besar tidak akan pernah selesai"

Kembalilah memperbaharui jiwa, mengatur semula cara hidup, menjalin hubungan yang lebih baik dengan Allah SWT, meningkatkan amal dan membuat janji sebagaimana termaktub dalam doa ini :

"Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku. Tidak ada Tuhan selain Engkau. Engkau telah menciptakan aku dan aku adalah hambaMu. Aku berada dalam janji dan akan menepati perjanjian itu semampuku. Aku berlindung dari buruk yang aku perbuat. Aku mengakui nikmatMu padaku. Aku mengakui dosaku. Ampunilah aku sesungguhnya tidak ada yang mengampuni dosa kecuali Engkau. Amin Ya Rabb...."




[sumber : Motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia]

Kenapa Perlu Bersabar???

Bersabarlah duhai diri... 

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) salat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk", (2:45)

"Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu, Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar". (2:153)

"Jika kamu memperoleh kebaikan, niscaya mereka bersedih hati, tetapi jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira karenanya. Jika kamu bersabar dan bertakwa, niscaya tipu daya mereka sedikit pun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu. Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan." (3:120)

"Dan berapa banyak nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikut (nya) yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah karena bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang sabar". (3:146)

 "Kamu sungguh-sungguh akan diuji terhadap hartamu dan dirimu. Dan (juga) kamu sungguh-sungguh akan mendengar dari orang-orang yang diberi Kitab sebelum kamu dan dari orang-orang yang mempersekutukan Allah, gangguan yang banyak yang menyakitkan hati. Jika kamu bersabar dan bertakwa, maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang patut diutamakan". (3:186)
 
"Hai orang-orang yang beriman, Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung. (3:200)

Musa berkata kepada kaumnya: "Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah; sesungguhnya bumi (ini) kepunyaan Allah; dipusakakan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa". (7:128)

"Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar". (8:46)

"Dan ikutilah apa yang diwahyukan kepadamu, dan bersabarlah hingga Allah memberi keputusan dan Dia adalah Hakim yang sebaik-baiknya". (10 :109)

7 tips penting untuk menjadi sahabat yang baik


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt. dan selamat pagi.  

Di sini saya ingin berkongsi tips menjadi sahabat yang baik. Persahabatan adalah satu keperluan kepada manusia dan persahabatan merupakan sesuatu yang mulia di sisi semua agama. Setiap orang pasti memerlukan seorang sahabat kerana Allah SWT jadikan kita saling memerlukan. Jadi, apabila kita menyayangi sahabat kita, kita haruslah menjaga hati dia dengan menjadi sahabat yang baik. Ramai juga yang dah tahu ciri-ciri sahabat yang baik. Tapi, pernah terfikir tak, macam mana kita nak jaga hubungan dengan sahabat kita? 

Apabila kita tahu ciri-ciri sahabat yang baik, ada yang cuba untuk menjadi sahabat yang baik. Alhamdulillah. Ini merupakan usaha yang terpuji. Tetapi, ramai antara kita yang menunggu, mengharapkan sahabat yang baik muncul di sisi kita. Yang ni agak kurang tepat sebenarnya sebab kita perlu “menjadi”  bukannya “mencari”.


Sekarang mari kita lihat 7 tips penting untuk menjadi sahabat yang baik.

1)    Tips yang pertama ialah kenal, faham dan tolong menolong. Apabila kita berkawan dengan seseorang, kita mesti kena kenal dia dahulu. Bila dah kenal, kita tahu apa kekuatan dia dan di mana kelemahan dia. Tapi, tahu sahaja tak cukup, sebagai sahabat, kita mestilah menolong sahabat kita yang memerlukan pertolongan sama ada dari aspek sokongan moral, kewangan dan lain-lain. Seorang sahabat yang bagus tidak akan menunggu kawannya meminta pertolongannya sebaliknya menawarkan pertolongan sekiranya dirasakan perlu.

2)    Tips yang kedua ialah menjadi pendengar yang baik. Secara psikologinya, berkongsi masalah dapat meringankan beban yang ditanggung. Ini sebenarnya mengikut kepelbagaian individu. Ada orang yang suka bercerita dan ada juga yang memilih untuk menanggung sendiri masalah yang dihadapi. Sebab tu pentingnya untuk kita faham kawan kita. Seorang sahabat yang baik tidak akan pernah berasa terbeban mendengarkan masalah yang dihadapi sahabatnya.

3)    Tips yang ketiga ialah memuji dan menyampaikan pujian orang lain terhadap kawan kita. Pujian penting dalam perhubungan. Pujian juga dapat membantu meningkatkan estim diri sahabat kita. Tapi perlulah diingatkan, pujian haruslah diberikan mengikut situasi yang sesuai dan tidak bertujuan mengejek. Apabila mendengar pujian terhadapnya daripada orang lain, haruslah disampaikan kepadanya. Hati-hati jika kita berasa jengkel atau risau kawan kita mengetahui pujian ini kerana ini menunjukkan anda mungkin ada perasaan dengki dan iri hati terhadap kawan anda sendiri.


4)    Tips seterusnya iaitu yang keempat, tegurlah sahabat anda sekiranya dia melakukan kesilapan. Kita pasti tidak mahu melihat sahabat yang kita sayang melakukan perkara yang salah di sisi undang-undang negara, agama ataupun kesilapan dalam konteks hubungan sosial. Namun, teguran yang ingin disampaikan mestilah dengan cara yang sesuai yang boleh diterima olehnya. Sekiranya sahabat kita memerlukan masa untuk berubah atau faham teguran kita, berilah dia masa dan teruskan usaha. 

5)  Seterusnya, tips yang kelima iaitu menjaga komunikasi. Hubungan kita dengan sahabat kita setiap hari akan melibatkan komunikasi. Komunikasi yang berkesan perlu ada bagi mengelakkan masalah yang tidak diingini. Antara aspek penting dalam komunikasi dengan sahabat ialah tidak meninggikan suara, memaniskan muka, bertegur sapa apabila bertemu, serta memanggil dirinya dengan nama yang paling disukainya.

6)    Tips yang seterusnya ialah sentiasa berdoa untuk kesejahteraan sahabat. Ini antara tips yang penting kerana kita tahu bahawa setiap yang berlaku adalah dengan izin Tuhan. Setiap agama pun ada cara berdoa masing-masing. 

7)  Tips yang terakhir, untuk menjadi seorang sahabat yang baik, kita mestilah menunaikan hak-hak sahabat kita. Apa hak seorang sahabat ke atas diri kita? Yang ni biasanya kita tak sedar. Apabila kita bersahabat, sahabat kita tu ada hak ke atas diri kita misalnya hak untuk tahu keadaan kita, hak ke atas masa kita terutamanya di saat dia memerlukan seseorang, hak untuk diberi perhatian seperti ketika sakit.



Cinta High Class [Promotion]

PROMOTE...PROMOTE..
Bagi penggemar bahan bacaan berunsurkan tarbiyyah yang terasa ringan penyampaiannya tetapi mesejnya berjaya disampaikan dengan baik, saya syorkan anda memiliki novel ini.. Permulaan saya bersama novel ini juga merupakan cadangan seorang sahabat. Mulanya saya hanya scan buku ni memandangkan saya tak sempat untuk menumpukan sepenuh perhatian untuk menghabiskan novel ni sedangkan jiwa meronta-ronta untuk mendapatkan gambaran mesej yang ingin disampaikan oleh penulis. Walaupun tanpa penjiwaan sepenuhnya ke dalam mesej yang penulis sampaikan, hati mula sebak memikirkan segala kesilapan diri. Perlahan-lahan, diri ini mula terasa suntikan tarbiyah...
 
 Cinta High Class bukan eksklusif milik sesiapa. Cinta High Class berhak dimiliki oleh kita semua. Jangan tunggu esok. Hari ini juga kita dan si dia mesti mencintai secara high class. jangan lupa, bantu si dia agar mampu mencintai secara high class juga.


p/s : kepada awak yang saya sayang, saya nak awak baca buku ni nanti.. lepas saya habis baca saya bagi awak, insyaAllah...


KEISTIMEWAAN MAWAR PINK


Apa mimpi aku hari ni...terasa nak study tentang bunga..dan bunga yang aku pilih nak share kat sini ialah mawar merah jambu... Terasa tenang sikit hati menikmati keindahan bunga-bunga yang Allah ciptakan untuk menghiasi alam... aku memang suka warna pink. Kalau diikutkan aku lebih sukakan mawar merah tapi mungkin lembutnya jiwa aku hari ni membuatkan aku lebih tertarik kepada warna pink.

 
Bunga mawar adalah simbol bagi kegembiraan, kasih sayang dan terima kasih. Bunga mawar merah jambu juga kini membawa erti rahmat dan keanggunan, serta kemanisan dan romantis. Mawar pink juga membawa maksud percayalah padaku! Makna di sebalik mawar bewarna merah jambu bergantung kepada kepekatan warnanya. Warna merah jambu yang berlainan membawa kepentingan mereka sendiri. 



Mawar pink tua (deep pink)


Mawar bewarna ini merupakan simbolik terima kasih dan penghargaan, dan adalah satu cara tradisional untuk menghantar mesej terima kasih.



Mawar pink cerah/ pucat (light pink)


Mawar bewarna ini pula dikaitkan dengan lemah lembut dan kekaguman, dan juga boleh digunakan sebagai ucapan simpati.




Dengan pelbagai cara di mana mawar merah jambu boleh digunakan untuk menyatakan pelbagai makna, bunga ros merah jambu terus mengekalkan populariti mereka. Hari ini, bunga ros merah jambu diminati ramai kerana kedudukannya sendiri yang unik yang mewakili keanggunan dan penghalusan, serta berkomunikasi terima kasih dan rasa kagum. Penerima susunan bunga ros merah jambu pasti untuk berasa dihargai dan istimewa.