Saturday, December 10, 2011

KASIH IBU

 
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang…
Dalam kesibukan buat assignment, presentation, test, ready untuk final exam…hati teringat rumah… huhu…kalo boleh rasa nak balik ja dok umah… Namun, perjuangan menuntut ilmu harus, mesti, perlu diteruskan! Aku harus bersabar dengan perasaanku… Wajah ibu terbayang, lalu ku tulis nukilan ini khas buat ibu..mak yang juga sedang merindukan anaknya....
Ibu adalah anugerah yang Allah S.W.T. beri pada kita untuk menjaga kita di dunia. Tanggungjawab ini tertanggung di bahunya sejak kita kecil sehingga sekarang. Sedarkah kita telah lama menyusahkan ibu?
Selalunya kalau pergi ke ceramah-ceramah berkaitan ibu, mesti ustaz-ustaz cerita bagaimana susahnya seorang ibu nak besarkan kita.  Tapi sebagai manusia, kita sering lupa pengorbanan ini. Jom ingat kembali dan hargai pengorbanan ibu kita selama ini..

  • Sejak kita janin, ibu mengandungkan kita selama 9 bulan, selama itulah kita ikut ke mana saja ibu pergi. Tapi ibu tak pernah merungut.
  • Bila dilahirkan, sangat sakit…namun segalanya terubat selepas melihat bayinya selamat.
  • Bayi kecil yang x mengerti apa-apa, semua hanya bergantung kepada ibu – menyusu, tukar pampers, mandi, perlu dijaga setiap masa namun ibu tetap bersabar.
  • Waktu kecil, selalu sakit – ibu berulang-alik ke hospital naik bas, tidur di hospital temankan kita.
  • Bila dah besar sikit, kita mula melawan ibu, kita mintak macam-macam dan jika tak dapat ibu pulak yang dimarah, kita merajuk. Ibu sedih tapi dia mengerti anaknya yang masil belum matang.
  • Ibu sentiasa risau keselamatan kita berada di luar, mengharap kita pulang dengan selamat.
  • Ibu mempertahankan kita bila dimarah oleh ayah.
  • Ibu juga yang mendamaikan jika kita bergaduh adik-beradik
  • Kini dah besar, kita masih macam dulu. Belum matangkah kita? Ibu mungkin dah tua dan semakin sensitive. Kata-kata kita mengguris hati. Ibu menangis.
  • Ibu selalu cakap “siapalah yang akan jaga ibu bila dah tua nanti”.

Mengenangkan semua ini, air mata mula menitis… Ya Allah, berdosanya aku pada ibu…! Astaghfirullahal’azim…

DOA UNTUK IBU BAPA
Sumber : http://halaqah.net/v10/index.php?topic=783.0
 
Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka
 
Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.
 
Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.
 
Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .
 
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
 
Amin Ya Rabbul Alamin..

No comments:

Post a Comment