Sunday, December 25, 2011

HIDUP ITU ADALAH SUKAR

Ini  HAKIKAT, hidup memang sukar…
Apabila kita faham…, dan terima kenyataan ini, hidup tidak sukar lagi.
Pernah orang beritahu saya “kamu letak high expectation sangat”. Sekarang baru saya faham, saya selalu anggap hidup tu mudah, saya mampu buat apa yang saya nak. Bila rancangan saya terganggu, saya sangat stress. 

Kebanyakan orang selalu anggap kesukaran kita adalah penghujung dan penderitaan yang kita alami yang tidak sepatutnya berlaku lagi. Kita mengeluh, hidup ini penuh beban dan kesukaran. Dan kita menjauhkan diri daripada masalah. Kecenderungan inilah yang merupakan punca semua penyakit mental. Tapi akibat ini akhirnya menjadi lebih menyakitkan berbanding masalah yang kita cuba hindari itu.
Sebenarnya, yang membuat hidup kita sukar ialah proses menghadapi  dan mengatasi masalah-masalah itu sendiri merupakan penderitaan. Masalah membuat kita kecewa, dan menimbulkan kesedihan, kesepian, rasa bersalah, penyesalan, rasa marah, ketakutan atau kecemasan. Sebenarnya, dalam proses menghadapi dan mengatasi masalah itulah hidup kita mempunyai makna. Masalah menimbulkan keberanian dan membentuk kebijaksanaan dan kesabaran dalam diri.

“Hal-hal yang menyakitkan itu memberi pelajaran tertentu.” – Benyamin Franlin

Jadi, kita harus menanam dalam diri kita cara mencapai kesihatan mental dan spiritual. Kita harus membimbing diri kita sendiri dan menyedari pentingnya penderitaan dan nilai-nilainya. Disiplin adalah alat yang paling berkesan untuk menghadapi masalah hidup.

p/s : teori psikologi sangat mudah, tapi untuk diaplikasikan sangat2 susah. Mampukah kita? insyaAllah…moga dipermudahkan buat kita semua…

No comments:

Post a Comment