Friday, December 2, 2011

Aku Sayangkan Dirimu kerana Allah yang Hadiahkanmu Untukku..

Ramai yang mentakrifkan sahabat dengan erti yang berbeza-beza - kawan yang sentiasa ada di sisi, sahabat untuk share suka duka atau sahabat yang boleh membimbing kita ke arah yang lebih baik. Ada kawan cari kita bila susah, tapi melupakan kita apabila senang. Tidak kurang juga yang mencari ketika gembira tetapi bersembunyi ketika bersedih atau sakit. Atau mungkin dia muncul ketika kamu sedih tetapi kemudian menghilang... Malahan ada yang mahu berkawan ketika kamu gembira sebaliknya lari bila kamu dalam kesedihan. mana satu yang akan kamu takrifkan sebagai sahabat?

Pada aku..., sahabat yang baik mungkin tidak selalu bersama, tetapi dia ada ketika aku perlukan, mencari aku ketika dia memerlukan, menerima pemberianku dengan rasa gembira, mendengar bila aku bercerita tapi jujur jika aku yang salah dia menasihatiku dengan penuh kelembutan dan memberi aku sokongan bila aku hampir jatuh. Aku merasakan diriku bertanggungjawab berada disisimu kerana kau sentiasa ada untukku saat aku perlukanmu. Aku sayangkan dirimu.

Seringkali aku tertanya kenapa aku sering memikirkanmu. You never know dear how much i love you. SMS kata-kata semangat darimu kisimpan menjadi inspirasi tatkala diri mulai terasa lemah. Sebelum membuat pilihan, aku terfikir apakah yang akan menjadi pilihanmu. Jika ingin pergi ke mana-mana aku ingin dirimu bersama. Kadang tertanya, berbezakah kekasih dengan sahabat? pada aku, sahabatku adalah kekasihku.



Kusandarkan kasih ini kepada yang menciptakan kita...

"Keikhlasan dan ketulusan biasanya muncul dari orang-orang yang tidak punya apa-apa tetapi mereka tahu nilai kata-kata dan senyuman. Hakikatnya, ramai manusia yang mahu menghulurkan bantuan tetapi tangannya mencubit."
Sahabatku...
Aku tak sempurna untukmu tetapi Dialah Yang Maha Sempurna,
Aku tak mampu menjagamu tetapi Dialah sebaik-baik Penolong dan Pelindung,
Sedalam mana kasihku padamu, lebih lagi Cinta Yang Maha Penyayang terhadap hambaNya,
Ukhuwah adalah alat pemantap aqidah,
Aqidah pula asas ukhuwah yang teguh dan kekal,
Dia menganugerahkan kamu untukku,
Mengutus aku untukmu,
Agar kita saling mengingatkan,
Bahawa tujuan hidup kita hanya satu,
ALLAH DESTINASI KITA...!

"Oh Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau Beri petunjuk kepada kami"
Jadikanlah ukhuwah ini pengikat untuk kami saling menguatkan dalam menghadapi ujian dariMu..

No comments:

Post a Comment